Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mana yang betul: " PUSAT RAWATAN LUKA BIOTERAPI" atau " PUSAT BIOTERAPI RWATAN LUKA" sEKIAN. tERIMA KASIH. | Frasa yang betul ialah PUSAT RAWATAN LUKA BIOTERAPI. | Tatabahasa | 02.12.2011 |
Yang manakah betul ? 1. Dia menyapukan ubat pada permukaan luka. 2. Dia menyapukan ubat di permukaan luka. | Yang betul ialah: Dia menyapukan ubat pada luka. Kata sendi nama pada digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 274-276 untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 24.04.2008 |
Yang manakah betul? 1) Pelajar itu dikejarkan ke hospital kerana luka di kakinya tidak berhenti mengalir atau: 2) Pelajar itu dikejarkan ke hospital kerana luka pada kakinya tidak berhenti mengalir | Jawapan yang betul: Pelajar itu dikejarkan ke hospital kerana luka pada kakinya tidak berhenti mengalir | Tatabahasa | 09.01.2019 |
Luka yang dialami oleh Ali meninggalkan parut yang jelas di / pada lengannya. Di atau pada? Dan bagaimana perbezaan antara kedua-dua kata sendi ini? | Luka yang dialami oleh Ali meninggalkan parut yang jelas pada lengannya. Kata sendi nama "di" menunjukkan tempat seperti "di rumah" dan "di Kuala Lumpur". Manakala "pada" pula ialah ialah kata sendi nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat seperti "pada peringkat" dan "pada dinding". | Tatabahasa | 11.03.2015 |
Kemalangan | Pertanyaan saudara tidak jelas. Jika yang dimaksukan ialah definisi kemalangan, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kemalangan ditakrifkan sebagai 1. kecelakaan, kesialan, kerugian, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. tertimpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). | Istilah | 18.02.2009 |
tuan Ali mrngupas kulit kering luka pada kakinya. (mengupas salah dan perlu digantikan dengan kata?) tuan Ramli tidak tidur semalaman kerana sibuk mengupas idea.( mengupas perlu digantikan dengan kata apa?) TQ banyak2 | Ali menanggalkan kulit kering pada luka di kakinya. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan dan sesuaikan dengan konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Dalam ayat-ayat berikut, Kesan tanah yang terpalit "di" bajunya disapu dengan tangan. dan Luka "di" lututnya. Adakah penggunaan "di" dalam ayat ini betul ataupun penggunaan "pada" adalah lebih tepat? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah 1. Kesan tanah yang terpalit pada bajunya disapu dengan tangan. 2. Luka pada lututnya. Terima kasih. | Lain-lain | 14.12.2010 |
Saya Siti Aminah Sarno mewakili pihak syarikat Medical Biotherapy Sdn Bhd ingin meminta jasa baik pihak Tuan untuk menyemak penggunaan bahasa pada papan iklan pusat rawatan kami di bawah. "Pusat Rawatan Luka Bioterapi" Jasa baik pihak Tuan amat kami hargai. Terima kasih. | Frasa 'Pusat Rawatan Luka Bioterapi' boleh digunakan sebagai keterangan aktiviti syarikat. | Tatabahasa | 06.12.2011 |
Salam sejahtera ! 1. Tangan Jeff luka akibat terkena barang yang tajam ketika membelah kelapa. Soalan ; Adakah ayat di atas betul ? Terima kasih. | Dari aspek tatabahasa, ayat ini betul. Dari aspek makna perkataan barang yang tajam kurang tepat dan boleh digantikan dengan parang. | Tatabahasa | 12.03.2014 |
Ali menggunakan secebis/secarik kain untuk membalut luka? adakah penjodoh bilangan cebis dengan carik membawa maksud yang sama? terima kasih. | Cebis sama maksudnya dengan carik, iaitu potongan kecil. Oleh itu, cebis dan carik kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 16.06.2013 |