Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI 1. MENJUAL BARANGAN LOGAM 2. SYARIKAT LOGAM 3. GERAI MAKANAN 4. GERAI MINUMAN 5. PUSAT KECANTIKAN HAIWAN PELIHARAAN 6. MENJUAL DAN MEMASANG ALAT-ALAT 'AUTO GATE' DAN ALAT-ALAT KESELAMATAN PAKAR SYSTEM KESELAMATAN 7. PAKAR SYSTEM SEKURITI 8. PEMBEKAL CERMIN KERETA 9. BILIK PAMERAN 10. PEMBEKAL GAS INDUSTRIAL Terima Kasih. | Ayat dan ejaan jawi yang betul ialah: 1. MENJUAL BARANGAN LOGAM - 2. SYARIKAT LOGAM - 3. GERAI MAKANAN - 4. GERAI MINUMAN - 5. PUSAT PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN - 6. MENJUAL DAN MEMASANG PAGAR AUTOMATIK DAN ALAT KESELAMATAN - 7. PAKAR SISTEM SEKURITI - 8. PEMBEKAL CERMIN KERETA - 9. BILIK PAMERAN - 10. PEMBEKAL GAS INDUSTRI - | Ejaan | 02.12.2019 |
Perkataan jawi : KEDAI LOGAM | Ejaan KEDAI LOGAM dalam tulisan Jawi, disertakan dalam lampiran. | Ejaan | 06.08.2019 |
Kami adalah syarikat mengeluar dan memproses barangan elektronik dan fabrikasi logam. Kami memohon nama Kilang elektronik dan fabrikasi logam Geiger (M) sdn.bhd. dan tidak diluluskan dan nama yang dicadangan oleh DBP ialah kedai elektronik dan fabrikasi logam. Diminta nasihat dari pihak tuan. | Jika kilang, perlu diperbetulkan menjadi "Kilang Barangan Elektronik dan Fabrikasi Logam", sila kemukakan semula permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 11.07.2015 |
Perkataan jawi untuk 1) KEDAI LOGAM 2) KIOSK MAKAN DAN MINUMAN | Konteks yang sebenar ialah KEDAI BARANGAN LOGAM. Tulisan jawinya seperti yang berikut: Ejaan jawi bagi KIOS MAKANAN DAN MINUMAN ialah | Ejaan | 15.08.2019 |
Zaman merujuk zaman batu, zaman neolitik zaman logam. Adakah ini kata nama khas? | Selamat ptg. Zaman batu dan zaman logam bukan kata nama khas tetapi Zaman Neolitik ialah kata nama khas Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 17.11.2016 |
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI KEDAI BARANGAN LOGAM | 1. KEDAI 2. BARANGAN 3. LOGAM | Ejaan | 05.12.2019 |
Apakah istilah bahasa melayu bagi perkataan "Equaixed"?. Perkataan ini digunakan secara meluas dalam bidang bahan logam terutama dalam menghuraikan bentuk struktur mikrostruktur sesuatu bahan logam. Terima kasih. | Berkaitan dengan soalan yang diajukan, pihak DBP akan mengambil tindakan dan akan menghubungi pihak tuan/puan untuk maklumat lanjut. | Istilah | 18.04.2024 |
Saya Kuhafeesah Rongso, sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar. Saya ingin bertanya DBP, perkataan "Logam" berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya? Terimakasih. | Kamus Dewan menakrifkan logam sebagai unsur kimia seperti besi, emas, perak, tembaga, dan lain-lain yang biasanya berkilau, namun tiada maklumat tentang asal kata tersebut. | Tatabahasa | 22.09.2014 |
Apa maksud perkataan amalgamasi? | Tiada kata amalgamasi dalam pangkalan data kamus dan istilah DBP. Terdapat kata amalgam dan kata terbitannya terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) seperti yang berikut: amalgam Kimia kata nama aloi merkuri dengan satu logam lain atau lebih yang digunakan untuk membuat cermin, menampal gigi dan lain-lain. amalgam zink amalgam dan zink yang digunakan dalam bateri elektrik. beramalgam kata kerja tak transitif 1 (berkenaan logam) bercampur atau bergabung dengan merkuri; 2 (berkenaan gigi) bertampal dengan amalgam. mengamalgamkan kata kerja transitif [psf: diamalgamkan, amalgamkan] mencampurkan atau menggabungkan (logam) dengan amalgam. Contoh penggunaan: Lembar zink dalam bateri diamalgamkan untuk mengurangkan kelarutan ketika bateri tidak digunakan. teramalgam kata kerja tak transitif diamalgamkan: Contoh penggunaan: Seperti aluminium, logam berilium agak tahan terhadap asid kecuali jika logam itu teramalgam. pengamalgaman kata nama hal atau proses mengaloikan merkuri dengan logam lain. Terdapat padanan bagi kata amalgamation (bahasa Inggeris) n 1. act of, a. (combining) penggabungan, penyatuan: the ~ of the two oil giants, penggabungan dua syarikat raksasa minyak; b. (combining with mercury) pengamalgaman; 2. result of blending metals, amalgam: bronze is an ~ of copper and tin, gangsa ialah amalgam kuprum dengan timah; 3. merger, pergabungan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) Untuk mencari maklumat berkaitan kata bahasa Melayu, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu di https://prpm.dbp.gov.my. | Makna | 24.09.2023 |
Apa terjemahan "washer", iaitu sekeping logam untuk melapik antara nat dan bolt? | Padanan bagi istilah washer dalam bahasa Melayu ialah sesendal. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.09.2024 |