Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
salam perpaduan. Bagaimana ayat sepetutnya untuk papan iklan berikut. KEDAI MAKAN GAILUN & CATERING. | Kedai Makan dan Katering - keterangan aktiviti dan letaknya di bahagian atas sebelah kiri, manakala Gailun ialah nama kedai, letaknya di bahagian tengah iklan dan saiznya lebih kecil daripada keterangan aktiviti. | Lain-lain | 19.05.2011 |
Salam tuan di talian, Tuan tidak menjawab soalan kedua yang saya kemukakan tempoh hari. 2. (a) Di manakah terletak kampung Danial? atau (b) Di manakah terletaknya kampung Danial? atau (c) Di manakah letaknya kampung Danial? Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak. Sekian, terima kasih | Ayat yang gramatis ialah Di manakah letaknya kampung Danial? | Tatabahasa | 23.07.2012 |
sebuatan untuk perkataan pensel, d imana letaknya e taling dan e pepet. terima kasih | Dalam ejaan pensel - e (taling) + e (taling). Contoh penggunaan e (pepet) seperti dalam ejaan emak, emas dan lebih. | Tatabahasa | 15.04.2011 |
SAYA INGIN BERTANYA MANA SATU TANDA BACAAN YANG BETUL TEMPAT LETAKNYA. CONTOH: "Dia sedih pasal tak dapat pergi haji. Dari dulu lagi dia nak ke sana, tapi tak mampu." Mak Mah memberi penjelasan. ADAKAH TANDA PENGIKAT KATA PADA AKHIR AYAT DILETAK SELEPAS TANDA NOKTAH ATAU SEBELUM NOKTAH? MANA YANG BETUL? | Tanda petik diletakkan selepas tanda noktah. "Dia sedih pasal tak dapat pergi haji. Dari dulu lagi dia nak ke sana, tapi tak mampu." | Ejaan | 29.07.2013 |
apakah maksud konsep tropika? | Tropika bermaksud kawasan(negeri) yang letaknya berhampiran dengan garisan khatulistiwa (antara garisan Jadi dengan garisan Sartan). | Makna | 17.01.2010 |
Pautan untuk koleksi soalan-soalan khidmat nasihat DBP dah hilang. Mana letaknya pautan yang terbaru? Kalau ada, tak perlulah saya tanya banyak kali dan tunggu 2 hari kan? | Medan Arkib Soalan ditutup untuk paparan awam buat sementara waktu. Medan ini akan dibuka semula setelah selesai dikemas kini. | Lain-lain | 16.08.2011 |
apakah erti baruh? | Baruh bermaksud (kawasan) tanah yg lebih rendah letaknya (hilir, dekat pantai). | Makna | 01.04.2010 |
Apakah maksud kata sendi nama? | Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan ialah di, bagi, ke, dari, daripada dan sebagainya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 265 untuk keterangan lanjut. | Makna | 05.06.2009 |
padang jarak padang tekukur? apakah maksud peribahasa ini? apakah itu padang jarak? di letaknya padang jarak? dan apa pula maksud padang tekukur? | Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maklumat lanjut berkaitan bidalan ini. Kedua-dua frasa 'padang jarak' dan 'padang tekukur' atau keseluruhan frasa 'padang jarak padang tekukur' bermaksud kawasan yang luas yang ditinggalkan. | Tatabahasa | 10.02.2011 |
Bagaimana hendak menggunakan dari dan daripada? | Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Harap maklum | Tatabahasa | 11.12.2006 |