Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Pengesahan tatabahasa bagi tajuk program yang ingin dibangunkan. TAJUK: PROGRAM PENDIDIKAN BERTERUSAN LESTARI | Cadangan tajuk : (i). Program Melestarikan Pendidikan; (ii). Program Pendidikan Lestari. Lestari bermaksud tidak berubah, kekal dan tetap. | Tatabahasa | 20.02.2008 |
apa itu pembangunan lestari? | Lestari bermaksud kekal atau tidak berubah-ubah. Oleh itu pembangunan lestari bermaksud pembangunan kekal. | Makna | 11.06.2012 |
apa itu pembangunan lestari? | lestari-tetap spt sediakala (ttg keadaan sesuatu); tidak berubah. melestarikan membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal spt sediakala (bkn hutan rimba dsb). pembangunan lestari=pembangunan tidak berubah... | Tatabahasa | 25.07.2012 |
Salam sejahtera, Mohon pihak tuan mengesahkan tajuk yang sesuai daripada pilihan berikut: (i) Kerangka Rekabentuk Program Pendidikan Berterusan (berorientasikan teknikal) yang Lestari (ii) Kerangka Rekabentuk Program Teknikal yang Lestari untuk Pendidikan Berterusan Untuk makluman pihak tuan, program yang ingin dibangunkan adalah berkenaan program pendidikan berterusan yang berorientasikan teknikal dan mestilah bersifat lestari. Lestari yang dimaksudkan adalah sifat-sifat pembangunan lestari iaitu pembangunan yang memenuhi kehendak generasi masa kini tanpa mengorbankan keperluan generasi yang akan datang dari aspek alam sekitar, ekonomi, sosial dan budaya. Cadangan daripada pihak tuan amat dialu-alukan. Terima kasih. | Cadangan : Melestarikan Kerangka Reka Bentuk Program Pendidikan Berterusan (Berorientasikan Teknikal). | Lain-lain | 29.02.2008 |
apa maksud lestari | Lestari ialah tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 15.02.2009 |
lestari | kekal, tetap | Lain-lain | 24.11.2008 |
maksud lestari | maksud lestari ialah tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 932. | Makna | 11.09.2008 |
apakah beza antara mampan dan lestari? diterjemahkan sustainable leadership kepada bahasa malaysia kepimpinanan mampan atau kepiminnan lestari? | mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik. Lestari bermaksud tidak berubah-ubah,kekal, tetap. Oleh itu kepimpinan mampan lebih sesuai. | Makna | 14.02.2008 |
saya ingin bertanya. istilah terkini 2010 bagi perkataan sustainable? Adakah Mampan atau lestari? Saya mengandaikan bahawa istilah terkini sustainable adalah lestari. Adakah andaian saya benar? Contohnya penggunaan ayat proses pemberimilikan tanah lestari atau mampan? | Padanan perkataan sustainable dalam bahasa Melayu ialah mampan. | Istilah | 19.03.2010 |
bolehkah saya menggunakan istilah LESTARI KEGURUAN sebagai satu nama untuk bahagian atau Unit dalam Organisasi yang menjurus kepada mengekalkan peranan atau tugas dan tanggungjawab profesion guru. sekian terima kasih | Pada pandangan kami perkataan "lestari" tidak sesuai digunakan kerana lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Dalam konteks ini, perkataan ini boleh membawa makna negatif, iaitu kekal pada tahap yang sama atau tahap lama dan tidak ada peningkatan. Oleh itu, nama yang diberikan perlu menggambarkan sesuatu yang positif, contohnya Unit Keguruan Cemerlang. | Istilah | 29.10.2012 |