Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
rendah kolesterol atau kolesterol rendah dan rendah lemak atau lemak rendah , jika kita mahu beriklan"GLICEMIC INDEX rendah " atau " rendah GLICEMIX INDEX" ? Terima Kasih. | Dalam pangkalan data kami istilah yang ada ialah rendah kolesterol dan lemak rendah. Istilah yang dibina daripada frasa lemak rendah lebih banyak dalam pangkalan data kami. Oleh itu, kami cadangkan frasa Glisemik Indeks Rendah. | Istilah | 02.07.2012 |
Apakah terjemahan istilah Essential Fatty Acid (EFA) yang betul? Ada yang menyebut Asid Lemak Perlu. Ada pula menyebut Asid Lemak Penting. Ada juga yang menyebut Asid Lemak Utama. Mohon bantuan. Terima kasih. | Istilah yang betul ialah asid lemak perlu | Istilah | 09.03.2011 |
Ayat yang manakah betul? a) Lemak yang terkumpul di dalam badan. b) Lemak yang terkumpul di badan. | Ayat yang betul ialah Lemak yang terkumpul di dalam badan. | Tatabahasa | 11.01.2015 |
Saya ingin tanya mengenai tatabahasa. Masak lemak cili api udang galah atau udang galah masak lemak cili api yang betul? ayam masak kicap atau masak kicap ayam | Frasa yang tepat ialah udang galah masak lemak cili api dan ayam masak kicap. Dalam hukum tatabahasa D-M (diterangkan-menerangkan), bagi binaan inti-penerang, inti (unsur yang diterangkan) harus berada di hadapan penerang (unsur yang menerangkan inti.) Dalam contoh yang diberikan, udang galah ialah unsur yang diterangkan, manakala masak lemak cili api ialah unsur yang menerangkan inti. Begitu juga dengan ayam (unsur yang diterangkan), manakala masak kicap (unsur yang menerangkan inti.) Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 531. | Tatabahasa | 10.03.2025 |
Tuan, saya ingin tahu penggunaan kata sendi yang tepat dalam ayat berikut: 1)Obesiti ialah pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan seseorang. atau 2) Obesiti ialah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang. Harap dapat penjelasan daripada tuan. Terima kasih | Obesiti ialah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang. Frasa sendi nama di dalam digunakan kerana badan mempunyai ruang fizikal yang boleh diketahui dengan jelas. | Tatabahasa | 30.05.2012 |
Melalui jawapan yang diberikan oleh pihak tuan, padanan bagi perkataan overlaying ialah sertaan dan perkataan overlaying fat menjadi lemak sertaan. Walau bagaimanapun, perkataan selepasnya pula ialah overlaying ialah melapisinya. Adakah perkataan overlaying fat boleh ditukarkan kepada lemak lapisan? It may contain accompanying and overlying fat together with portions of bone, skin, sinew, nerve and blood vessels that normally accompany the muscle tissue and are not separated from it in the process of dressing. It may be accompanied by edible organs.. Ia boleh mengandungi lemak sertaan dan lapisan bersama-sama dengan bahagian tulang, kulit, urat, saraf dan pembuluh darah yang biasanya ada bersama tisu otot dan tidak dipisahkan daripadanya semasa proses pelapahannya. Ia boleh disertai dengan organ-organ yang boleh dimakan. Kami juga ingin mencadangkan peruntukan di atas dipadankan seperti yang berikut: Ia boleh mengandungi lemak yang ada bersamanya dan melapisinya bersama-sama dengan bahagian tulang, kulit, urat, saraf dan pembuluh darah yang biasanya ada bersama tisu otot dan tidak dipisahkan daripadanya semasa proses pelapahannya. Ia boleh disertai dengan organ-organ yang boleh dimakan.. Adakah cadangan kami ini boleh digunakan terutamanya bagi padanan accompanying and overlaying fat tersebut. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: accompanying and overlaying fat - lemak sertaan dan lapisan Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 22.06.2021 |
Apakah terjemahan tepat bagi istilah "trans fat", "lemak trans" atau "translemak"? | Padanan trans fat ialah lemak trans. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.07.2019 |
Salam sejahtera, adakah "Nasi Ayam" & "Nasi Lemak" dikira sebagai kata nama khas? | Kata nama khas merujuk kepada orang, tempat atau benda yang khusus, contohnya Ahmad, Ipoh dan Menara Kuala Lumpur. Oleh itu Nasi Ayam dan Nasi Lemak bukanlah tergolong dalam kata nama khas. | Tatabahasa | 31.10.2019 |
menterjemahkan BI ke BM:hot chilli creamy coconut paste = pes masak lemak cili padi. betul ke? | Padanan bahasa Melayu untuk hot chilli creamy coconut paste ialah pes masak lemak cili padi. | Makna | 10.03.2025 |
salam tuan soalan. Beberapa _________ timun diletakkan di atas hidangan nasi lemak. jawapan A. hirisan B. potongan B atau B yang mana tepat tuan | Jawapan yang tepat ialah Beberapa hirisan timun diletakkan di atas hidangan nasi lemak. | Tatabahasa | 29.10.2017 |