1. Apakah istilah Bahasa Inggeris yang sesuai untuk emas yang disepuh? Emas sepuh yang dimaksudkan ialah emas yang diproses mengikut kaedah dan bahan tertentu lalu menghasilkan warna oren kemerahan pada emas tersebut. | Tiada istilah yang khusus untuk perkataan "emas yang disepuh". Mengikut carian Istilah Bahasa Melayu, perkataan sepuh dipadankan dengan perkataan bahasa Inggeris glaze, contohnya sepuh legap (opaque glaze), warna sepuh (glaze colour). | Istilah | 28.01.2019 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi warna "Goldenrod"? Terdapat satu hasil carian untuk "Goldenrod" di DBP tetapi tiada maklumat lanjut mengenainya. Info: The color goldenrod is a representation of the color of some of the deeper gold colored goldenrod flowers. Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Goldenrod_(color) Mohon bantuan dan penerangan DBP. Terima kasih. | Salam Sejahtera Saudara. Cadangan yang dapat kami berikan bagi "Goldenrod" ialah kuning legap. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.05.2015 |