Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah frasa "malah lebih-lebih lagi" merupakan penggunaan perkataan lewah dalam ayat? | Frasa malah lebih-lebih lagi menjadi lewan, penggunaan salah satu sama ada malah atau lebih-lebih lagi telah memadai. | Tatabahasa | 31.10.2012 |
boleh ke penanda wacana seperti Lebih-lebih lagi dan Dengan ini digunakan di hadapan ayat? boleh tak Marcapada dan sementelahan digunakan sebagai penanda wacana ? bukankah kata2 tersebut ialah bahasa melayu klasik? boleh ke digunakan lagi? | Lebih-lebih lagi digunakan dalam ayat bukan di hadapan ayat seperti dalam penggunaan berikut: Mereka yang mempunyai sifat kegembiraan ini selalu murah rezeki, lebih-lebih mereka yang peramah dan berbudi bahasa. Dengan ini boleh digunakan di hadapan ayat seperti dalam penggunaan berikut: Dengan ini dimaklumkan bahawa ... . Kata marcapad dan sementalahan masih digunakan dalam penulisan. | Tatabahasa | 16.07.2008 |
Salam sejahtera, Saya ingin mengetahui senarai penanda wacana isi baharu untuk ditulis dalam karangan. Bolehkah perkataan seperti 'tambahan pula, di samping itu, selanjutnya, lebih-lebih lagi, sebaliknya' digunakan dihadapan ayat?Adakah perkataan tersebut penanda wacana ataupun kata hubung? | Penanda wacana jenis penghubung tambahan ialah dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan selanjutnya. Penggunaan penanda wacana ini boleh digunakan di pangkal ayat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 526-527. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
jawapan atau jawaban yang mana satu betul? bolehkah penanda wacana lebih-lebih lagi digunakan di hadapan ayat? | Kedua-duanya adalah sama. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 19.01.2009 |
Cabaran dan kendala dalam usaha memperkasa dan memertabatkan bahasa Melayu | Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu, lebih-lebih lagi dalam negara merdeka seperti Malaysia yan sentiasa terbuka menerima sebarang bentuk kemajuan. Bahasa Melayu sebagai bahasa moden yang berkembang seiring dengan kemajuan dunia terdedah kepada pelbagai unsur yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kualiti penggunaan bahasa Melayu. Namun apa yang penting ialah iltizam kita sebagai pengguna bahasa Melayu dan atas semangat mematuhi perlembagaan negara yang telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan harus tekal memperkasakan bahasa Melayu. | Lain-lain | 27.07.2009 |
Adakah semua penanda wacana dikira sebagai satu patah perkataan atau dikira mengikut patah kata. | Penanda wacana seperti selain itu, tambahan pula, lebih-lebih lagi dan sebagainya dikira sebagai satu rangkai kata. | Istilah | 27.04.2009 |
Assalammualaikum. Saya berasa senang hati kerana adanya laman ini untuk kemudahan pelajar mahupun penuntut institusi. Lebih - lebih lagi pada saya, seorang calon PMR. Tujuan saya menulis surat ini kerana ingin bertanyakan soalan mengenai penggunaan ayat. Soalan adalah seperti: a. Mengapa DI KALANGAN ditukar menjadi DALAM KALANGAN? b. Mengapa JUSTERU ITU ditukar menjadi JUSTERU? Walauapa - apapun, terdapat banyak ayat yang ditukar. Walaupun guru sudah menjelaskan dan menerangkan, pasti masih ada yang tertinggal dan pelajar mungkin ketinggalan dalam penggunaan ayat. Mengapa Kementerian Pelajaran tidak membuat sebuah buku yang membolehkan pelajar membuat rujukan terkini. Semoga dengan terjawabnya soalan ini, Kementerian Pelajaran dapat menitikberatkan pelajaran para pelajar. Sekian, terima kasih. | Saudara Haziq, Kata sendi 'di' digunakan pada frasa ynag menunjukkan tempat. Perkataan 'kalangan' merujuk lingkungan bukan tempat. Oleh yang demikian, frasa 'dalam kalangan' lebih tepat digunakan. Dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah pedoman atau tatabahasanya yang akan dijadikan pegangan bagi memastikan bahawa sistem bahasa kita kukuh dan sempurna. Oleh itu perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa adalah untuk tujuan pemantapan dan penyempurnaan sistem bahasa kita. Bagi perkataan 'justeru' pula, tidak berlaku perubahan dari segi penggunaan 'justeru itu' kepada 'justeru' kerana sememangnya selama ini perkataan ini digunakan. Hanya terdapat sesetengah masyarakat pengguna bahasa yang keliru dan menyalahgunakan frasa 'justeru itu' bagi maksud 'justeru'. Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai agensi di bawah Kementerian Pelajaran telah pun menerbitkan beberapa buku rujukan bahasa antaranya buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. Ini ayat contoh dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, pada halaman 1439. Pada masukan ini dinyatakan sementelahan bermaksud lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi. Bukankah ayat ungkapan yang wajar digunakan dalam ayat contoh ini ialah sementelahan sahaja tanpa pula? | Penggunaan "pula" menjadi "sementelahan pula" dalam ayat yang diberikan tidak salah, cuma lewah. | Tatabahasa | 23.02.2009 |
Jika "ia" tidak boleh digunakan untuk binatang dan nama binatang tersebut perlu diulang setiap kali ia disebut, bukankah ia mendatangkan masalah lebih-lebih lagi bagi saya yang bekerja dalam bidang pembuatan sari kata. Kami mempunyai ruang dan masa yang terhad untuk menterjemah, apatah lagi jika nama binatang itu panjang. Tidakkah ada cara lain untuk memberi kata ganti nama kepada binatang? | Kami memahami situasi yang saudara hadapi. Walau bagaimanapun hal ini tidak dapat dielakkan dan pengulangan nama binatang perlu dilakukan setiap kali merujuk binatang berkenaan. Dan kami mencadangkan penggunaan ayat majmuk campuran bagi membantu saudara mengurangkan/meminimumkan pengulangan nama binatang. | Tatabahasa | 30.03.2011 |
tambahan pula tidak digalakkan digunakan sebagai penanda wacana betul ke? adakah tambahan pula bermaksud sesuatu yang berikutan daripada isu yang sama atau isu yang lain? | Tambahan pula bermaksud lebih-lebih lagi atau apa lagi. Tambahan pula merupakan sebahagian daripada penanda wacana - penghubung tambahan yang berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelum ini. Oleh itu, tambahan pula boleh digunakan. | Tatabahasa | 13.10.2008 |