| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| apakah lawan bagi perkataan "lazat"? dalam kamus dewan edisi baharu tidak dinyatakan lawan kata tersebut..cuma banyak makna sahaja di sebut | Kamus mengandungi keterangan makna perkataan dan kata terbitan daripada kata dasar. Tidak semua aspek bahasa atau tatabahasa ada dalam kamus termasuklah kata lawan dan tidak semua kata ada kata lawan seperti tidur lawan jaga dan manis lawan masam. Tidak ada satu perkataan yang tepat yang boleh menjadi lawan kata lazat. | Tatabahasa | 27.07.2011 |
| Lawan web DBP tidak boleh diakses http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php | Maklumat tuan telah kami salurkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 15.12.2014 |
| Salam. Apakah perkataan yang sesuai untuk "Match" atau perlawanan dalam Bahasa Melayu? Saya nak perkataan yang lagi pendek dari perlawanan (kurang 7 aksara, jika ada) | Perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk "match" ialah "lawan". Perkataan "lawan" lebih pendek daripada "perlawanan". Perkataan "lawan" masih membawa maksud yang jelas berkaitan dengan perlawanan atau pertandingan. Contoh ayat dari konteks sukan atau pertandingan: 1. "Pemain tersebut menunjukkan prestasi yang luar biasa ketika berhadapan dengan lawan yang lebih berpengalaman." Contoh ayat dari konteks perbandingan atau persaingan: 1. "Dalam dunia perniagaan, syarikat ini sentiasa menghadapi lawan yang sangat kompetitif."
| Ejaan | 24.10.2025 |
| Salam.Saya memerlukan jawapan untuk persoalan kata lawan. Adakah perkataan "tolong" mempunyai kata lawan? Harap mendapat respon daripada pihak DBP | Tidak ada maklumat yang diperlukan dalam pangkalan data kami. Untuk makluman saudara tidak semua perkataan mempunyai kata lawan. | Tatabahasa | 21.07.2011 |
| Ct'fieza Mahadzir Oct 22nd, 6:08pm Assalamualaikum.. Saya nak tanya kata lawan bagi Manis. Jawapannya Masam atau Tawar? | Kata lawan bagi "manis" ialah "masam". Walau bagaimanapun kata "tawar" juga boleh menjadi lawan bagi kata "manis", jika sesuai dengan konteks penggunaannya. | Tatabahasa | 22.10.2014 |
| kata lawan | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendapatkan maklumat tersebut. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 17.04.2010 |
| kata lawan teori | Kata yang berlawanan dengan teori ialah praktikal. Praktikal bermaksud melibatkan atau berkaitan dgn pengalaman atau penggunaan sebenar, bukan teoretikal. | Makna | 03.05.2007 |
| apakah kata lawan bagi tegas? | Untuk makluman saudara, dalam bahasa Melayu, tidak semua perkataan ada lawannya. | Istilah | 14.02.2010 |
| Apakah lawan kata bagi 'labuh'? | Kata lawan bagi labuh ialah singkat. | Tatabahasa | 28.06.2011 |
| apakah perkataan berlawan bagi 'Sedap' | Tidak semua kata ada kata lawan yang menjurus terus kepada pertentangan makna antara kedua kata tersebut seperti baik lawannya jahat dan hitam lawannya putih. Berdasarkan sumber kami tidak ada lawan bagi kata sedap atau lazat. Sedap atau lazat lazimnya ditafsirkan sebagai secukup rasa, ada manis, masin dan sebagainya, berkemungkinan kata lawan yang paling hampir ialah lawan bagi rasa yang ada dalam makna lazat tersebut. | Tatabahasa | 19.08.2010 |