Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya ingin mengetahui maksud "di lata" secara lebih mendalam yang diguna pakai dalam syair menyambut pelajaran (buku komsas tingkatan 1). Setakat ini saya sukar untuk mengaitkan perkataan tersebut dalam syair untuk diterangkan kepada anak murid saya. | Berdasarkan maksud 'Syair Menyambut Pelajaran', frasa "di lata" yang dimaksudkan ialah taraf yang terkebawah. | Lain-lain | 26.04.2008 |
orang yang paling hina | Orang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa (iaitu orang yang paling rendah martabat lagi miskin. | Lain-lain | 17.12.2006 |
perkataan apakah yang membawa maksud orang yang hina sekali | hina-dina =hina-lata =hina-leta =hina-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin (rujuk Kamus Dewan). | Makna | 26.12.2006 |
saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan bintang tujuh dan orang yang hina sekali dipanggil apa | Bintang tujuh ialah gugusan bintang yg tujuh banyaknya. Orang yang hina sekali dipanggil orang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa. | Makna | 13.12.2006 |
Hai, apakah terjemahan yang sesuai bagi "css"? Ia juga dipanggil sebagai "Cascading Style Sheets" dan ia berkenaan computer programming. Maksud: http://en.wikipedia.org/wiki/Cascading_Style_Sheets Terima kasih. | Istilah untuk "cascading style sheet" dalam bidang Teknologi Maklumat ialah lembaran gaya lata. | Istilah | 15.10.2012 |