| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| kawasan kampus adalah kawasan larangan merokok atau kawasan kampus ialah kawasan larangan merokok. Yang mana betul/lebih tepat. | Jawapan yang betul ialah kawasan kampus adalah kawasan larangan merokok. | Lain-lain | 16.11.2010 |
| Bahasa taboo masyarakat melayu sarawak. senaraikan 1 perkataan berkenaan dan kenapa taboo perkataan itu. | Taboo ialah larangan atau perkara larangan ataupun pantang larang. Dalam konteks bahasa taboo masyarakat Sarawak, contoh perkataan taboo ialah 'lawa' yang bermaksud sombong atau angkuh. | Istilah | 09.01.2008 |
| penggunaan tanda baca: a)"Jangan lalu di situ. Itu kawasan larangan," kata Cikgu Kamal. b)"Jangan lalu di situ! Itu kawasan larangan!" kata Cikgu Kamal. mana yang betul? | Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Jangan lalu di situ! Itu kawasan larangan," kata Cikgu Kamal. | Tatabahasa | 08.07.2013 |
| Selamat sejahtera, Tuan. Saya mahu bertanya. Adakah perkataan "tolong" dan "jangan" tak boleh digunakan bersama-sama? Contoh ayat, "tolong jangan tinggalkan saya." Situasi ini lebih kepada merayu dan sedih, jadi saya merasakan lebih sesuai jika menggunakan perkataan "tolong" juga. Terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Perkataan jangan tergolong dalam kata larangan yang digunakan di dalam ayat larangan. Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, atau usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Perkataan tolong pula tergolong dalam kata permintaan yang digunakan dalam ayat permintaan. Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Ayat larangan juga dapat dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya. Contoh: Harap jangan tinggalkan saya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Sekian, terima kasih.
| Tatabahasa | 18.04.2018 |
| Apakah jenis larangan atau spesifikasi bahasa untuk pengiklanan outdoor seperti billboard? adakah perlu dalam BM sepenuhnya? Adakah terdapat larangan penggunaan "slang" BM atau bahasa pasar? | Pihak tuan perlu menggunakan bahasa Melayu dalam visual iklan yang dilampirkan kecuali yang telah berdaftar dengan SSM atau Myipo. Selain itu, pihak tuan juga digalakkan untuk menggunakan bahasa Melayu standard dalam iklan. Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. | Lain-lain | 20.12.2023 |
| Berikan keterangan tentang kata larangan taboo dalam bahasa melayu termasuk definisi dan contoh penggunaan seharian? | Taboo dalam bahasa Melayu disebut larangan atau pantang larang seperti dalam contoh ayat, Banyak pantang larang mengenai wanita daripada mengenai lelaki dalam masyarakat itu. | Makna | 02.07.2010 |
| SOALAN SAYA, ADAKAH PERKATAAN "JINJIT" ITU WUJUD? Pentadbiran kami ingin mengeluarkan satu risalah berhubung "Larangan Pemberian dan Penggunaan Beg Plastik Jinjit Sekali Guna". Adalah perkataan JINJIT itu ada atau hanya sekadar "Larangan Pemberian dan Penggunaan Beg Plastik Sekali Guna" atau boleh menggunakan jinjit dengan meletakkan "Jinjit" di dalam tajuk risalah itu? Mohon pencerahan penggunaan.tajuk yang betul | | Perkataan “jinjit” bermaksud memegang (beg, fail, buku dan lain-lain) dengan tangan terhulur ke bawah. Kedua-dua tajuk tersebut boleh digunakan bergantung pada konteks dan tujuan penggunaannya. Walau bagaimanapun, perkataan “Larangan Pemberian dan Penggunaan Beg Plastik Sekali Guna” telah banyak dan mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 906. | | Makna | 19.06.2026 |
| salam sejahtera tuan, merujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga (2014:450), ada dinyatakan bahawa "ayat sejenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel "lah". Contonya : "Dilarang merokok". Adakah pernyataan tersebut membawa maksud bahawa, jika ditulis menjadi "Dilaranglah merokok" akan menjadi ayat tidak gramatis? Terima kasih. | Berdasarkan penerangan pada halaman yang tersebut, ayat Dilaranglah merokok dan Ditegahlah berludah di sini ialah bentuk yang tidak gramatis. | Tatabahasa | 18.08.2015 |
| Selamat pagi. Adakah sesuai "The Palace Museum" di China diterjemah kepada "Muzium Istana Kota Larangan Beijing"? Terima kasih. | Terjemahan bagi The Palace Museum ialah Muzium Istana. Penggunaan yang betul ialah Muzium Istana di Kota Larangan Beijing. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.12.2020 |
| Cikgu, kata kerja dalam ayat larangan juga harus diimbuhkan dengan akhiran -kan atau menggunakan kata dasar? Contoh: 1. Jangan main di sini atau Jangan bermain di sini 2. Usah pedulikan dia atau Usah peduli dia | Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 450, contoh ayat larangan: (a) Jangan ambil harta orang. (b) Kamu jangan beritahu dia. (c) Usah kaupedulikan dia. | Tatabahasa | 13.05.2014 |