Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam, Saya ingin menanya tanda baca. Bagaimanakah kita dapat menggunakan tanda petik dengan betul? Untuk menyatakan dialog, adakah setiap dialog diakhiri dengan tanda titik lalu dengan tanda petik tutup? Kerana ayat yang diujarkan sudahpun merupakan ayat yang lengkap. Misalnya (a) "Saya tak lapar." Kata Abu. Saya banyak jumpa keadaan seperti ini: (b) "Saya tak lapar,"kata Abu. Dalam ayat (b) "kata Abu" dan "saya tak lapar" digabungkan sebagai satu ayat, dan barangkali "saya tak lapar" dianggap objek dalam ayat ini. Terima kasih. | Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Saya tak lapar," kata Abu. | Ejaan | 08.05.2012 |
keluarga Mak Limah terpaksa menahan lapar oleh sebab suaminya tidak dapat ke laut akibat sakit. tuan, apakah kesalahan dalam ayat ii? tq | Dari segi nahu ayat tersebut adalah betul tetapi kurang tepat dari segi makna/jalan ceritanya. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Saya hendak tanya soalan ini. 1. Suki telah menghabiskan______kek itu kerana terlalu lapar . A semua B kesemua C ketiga-tiga Mana satu jawapan yang betul ? 2. Apakah perbezaan cara penggunaan semua dan kesemua ? maksud kedua-dua ada beza tak ? Trima kasih atas nasihat. | 1. Ketiga-tiga pilihan yang diberi boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut. 2. Semua bermaksud sekalian dan segala dan semua juga membawa maksud kesemua, iaitu segenap, setiap, seluruh. | Tatabahasa | 12.04.2012 |
Nyatakan ayat-ayat berikut sama ada ayat songsang atau susunan biasa. 1. Ada beberapa kekliruan yang timbul. 2. Bahawa dia lapar telah dinyatakan oleh adik. | Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Dalam ayat pertama misalnya ayat tersebut tidak lengkap (Tidak ada predikat). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 478. | Tatabahasa | 13.08.2012 |
Nyatakan sama ada ayat-ayat yang berikut ayat songsang atau ayat susunan biasa. 1. Ada beberapa kekeliruan yang timbul. 2. Bahawa dia lapar telah dinyatakan oleh adik. | Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Dalam ayat pertama misalnya ayat tersebut tidak lengkap (Tidak ada predikat). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 478. | Tatabahasa | 13.08.2012 |
Toleng nyatakan sama ada ayat-ayat berikut ini ayat susunan biasa atau susunan songsang. 1. Ada beberapa kekeliruan yang timbul. 2.Bahawa dia lapar telah dinyatakan oleh adik. | Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Dalam ayat pertama misalnya ayat tersebut tidak lengkap (Tidak ada predikat). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 478. | Tatabahasa | 13.08.2012 |
apakah yang dimaksudkan dengan umpama orang mengantuk disorongkan bantal? | Menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa umpama orang mengantuk disorongkan bantal bermaksud memperoleh apa yang diingininya. Peribahasa lain yang sama makna: a. Orang haus diberi air, b. Orang lapar diberi nasi. | Lain-lain | 13.03.2007 |
apakah maksud malu dan segan?? adakah malu dan segan mempunyai maksud yang sama atau berbeza?? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, malu bermaksud 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; manakala segan pula bermaksud 1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan; | Istilah | 01.11.2009 |
|
Puisi |
---|
|
Mudik beralun kelong ditahan, Bemban hanyut dengan uratnya; Perut lapar lalu kutahan, Hati rindu tiada ubatnya.
Lihat selanjutnya... |
|