Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Selamat pagi Saya ingin bertanya semua kanak atau semua kanak-kanak ? sebab di belakang semua / setiap/ para tidak boleh bubuh kata ganda . yang mana betul ? terima kasih | Kanak-kanak bukan penanda jamak. Gandaan bagi perkataan tersebut sebagai penanda makna kesamaan atau keserupaan seperti gula-gula dan langit-langit. Oleh itu, frasa "semua kanak-kanak" boleh digunakan. | Tatabahasa | 24.09.2012 |
1)Manakah ayat yang betul ? a Kita perlu berjimat air. b) Kita perlu menjimatkan air. c) Kita perlu berjimat menggunakan air. 2) Adakah ayat ini dianggap betul ? a) Langit berwarna merah. b) Langit berwarna putih. b) Langit sangat tinggi. Terima kasih | 1. Yang Betul = Kita perlu berjimat menggunakan air. 2. Ketiga-tiga ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 19.10.2012 |
apakah maksud dasar langit terbuka? | Dasar langit terbuka seiring dengan era globalisasi yang antaranya memudahkan lalu lintas udara, dunia tanpa sempadan atau juga bermaksud tidak terikat dengan mana-mana fahaman yang mengasingkan masyarakat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Jabatan Perdana Menteri. | Makna | 26.09.2007 |
bintang-bintang berkerdipan di langit atau bintang berkerdipan di langit. | bintang berkerdipan di langit (perkataan bintang sudah membawa makna jamak) | Tatabahasa | 06.07.2011 |
"Selamat petang. Apakah definasi/maksud perkataan "Tanda Langit" dalam istilah pengiklanan (penlesenan). Terima Kasih" | 'Tanda langit' merujuk pada papan iklan langit iaitu salah satu jenis papan iklan luar. Saiz dan syarat bergantung pada PBT. | Istilah | 27.05.2013 |
apakah maksud bumi dipijak langit dijunjung | Bumi dipijak langit dijunjung bermaksud di mana kita berada (tinggal, bermastautin atau hidup), kita hendaklah mematuhi dan akur terhadap peraturan atau undang-undang / perlembagaan, taat setia dan sanggup berkorban demi mempertahankan tempat tersebut. | Makna | 15.03.2008 |
apa itu ''langit kirmizi''? | Mengikut kamus Dewan kirmizi ialah warna merah tua. Jadi, langit yang berwarna merah tua. | Makna | 11.05.2007 |
7. Lagu kebangsaan berkumandang di langit sebaik sahaja selesainya upacara tersebut. Tiada kesalahan. munsyi, adakah di langit salah? TQ adakah ayat ini gramatis? | Penggunaan yang lazim digunakan ialah 'berkumandang di udara'. Ayat itu tidak gramatis. Sila rujuk buku Tatabahasa sebagai panduan membina ayat dengan gramatis. | Tatabahasa | 11.03.2012 |
Apakah definasi/maksud perkataan "Tanda Langit" dalam istilah pengiklanan (penlesenan). Terima Kasih | Untuk makluman, tiada istilah tanda langit dalam data prpm. Mohon saudara sekiranya boleh menyatakan perkataan asal sebelum diterjemah ke bahasa. Melayu. | Makna | 28.05.2013 |
maksud peribahasa : 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi | 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal. 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi Seseorang yang semakin merendah diri walaupun dia semakin berpangkat atau berharta. | Makna | 10.12.2008 |