| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Selamat pagi dan salam sejahtera, muat naik di laman media, muat naik ke laman media atau muat naik ke dalam laman media? Mohon penerangannya sekali. Terima kasih. | Penggunaan perkataan yang betul ialah muat naik ke dalam laman media. Kata sendi nama 'ke' menunjukkan berlakunya pergerakan fail contohnya dalam simpanan komputer ke laman media dan penggunaan kata sendi nama 'dalam' merujuk laman media yang merupakan tempat/lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak yang nyata. | Tatabahasa | 19.11.2018 |
| yang manakah tatabahasa yang betul? -di laman web/ pada laman web terima kasih | Jawapan yang betul ialah melalui laman web | Lain-lain | 22.09.2020 |
| Adakah "di" juga digunakan untuk merujuk sasaran berunsur astrak? Contoh: lawati kami di laman web menurut Tatabahasa dewan, "di" digunakan di hadapan kata/frasa nama yang menunjukkan tempat Apakah subjektif untuk menggunakan "di" pada laman web. Adakah laman web di kategorikan sebagai tempat? | Menurut data kami, ayat yang betul ialah lawati kami melalui laman web. Laman web bukan merujuk kepada tempat yang bersifat fizikal maka perkataan yang tepat ialah melalui. Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan melaui bermaksud dengan perantaraan. | Lain-lain | 29.06.2018 |
| Salam sejahtera, muat naik di laman media, muat naik ke laman media atau muat naik ke dalam laman media? Mohon penerangannya. Terima kasih. | Perkataan yang betul ialah melalui, iaitu muat naik melalui laman media. Melalui dalam konteks ayat tersebut berfungis sebagai "dengan perantaraan" atau "menerusi". Contohnya, Rancangan Dewan Bahasa sering kali disiarkan melalui radio. | Makna | 26.11.2018 |
| Laman web https://dbpsahbahasa.my/ tidak berfungsi | Untuk makluman, sistem dbpsahbahasa.my mengalami gangguan pada 23 Julai 2025. Mohon maaf atas segala kesulitan. | Lain-lain | 23.07.2025 |
| Laman web pusat rujukan DBP memberi terjemahan pesta untuk fair. Sesuaikah jika "job fair "diterjemahkan sebagai pesta kerjaya? Atau pameran kerjaya? | Cadangan padanan bagi istilah job fair dalam bahasa Melayu ialah pameran kerjaya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 08.09.2024 |
| Laman muat turun bahan buku teks sekolah rendah secara QR code telah tidak dapat diakses sejak awal bulan April. http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=3949 Sila kembalikan fungsi supya murid dapat belajar. | Untuk makluman tuan, portal kod QR DBP telah mengalami gangguan teknikal dan telah berfungi sepenuhnya seperti biasa pada 20 April 2024. | Lain-lain | 17.04.2024 |
| Laman sesawang prpm selalu beku. Melambatkan pencarian perkataan. | Aduan tuan kami ambil maklum dan dikemukakan kepada bahagian berkenaan untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 03.05.2017 |
| Assalamualaikum w.b.t., Saya ingin menyemak, - Ejaan yang betul bagi perkataan-perkataan berikut: 1) cap syarikat atau cop syarikat 2) laman web atau laman sesawang 3) sebutharga atau sebut harga (tender) 4) Urus setia atau Urus Setia 5) e-tender atau e-Tender - Setahu saya nombor di bawah sepuluh, penggunaan dalam ayat ialah "Didi membeli dua (2) buah buku" dan nombor sepuluh dan ke atas tidak perlu dieja. Adakah penggunaan tersebut betul dalam urusan surat rasmi? Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Ejaan yang betul: 1. Cap syarikat 2. Laman web / laman sesawang (kedua-dua betul) 3. Sebut harga 4. Urus setia 5. e-tender 6. Kelaziman: nombor dieja dahulu dan diikuti bentuk angka dalam kurungan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 27.09.2019 |
| Sedang mencari Laman Sesawang DEKAD MEMBACA, tetapi belum saya temyui dalam Laman Utama DBP ini. | Assalammualaikum WBT. Laman sesawang ini dalam proses pembinaan. Terima kasih. | Lain-lain | 04.04.2019 |