Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
maksud peribahasa sikit-psikit lama-lama jadi bukit | Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. | Makna | 17.05.2009 |
maksud sikit-sikit lama-lama jadi bukit | Peribahasa yang betul ialah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit, maksudnya berjimat cermat. | Lain-lain | 17.05.2009 |
Saya ingin tahu samada ayat-ayat berikut betul atau salah. 1. Makanan di restoren ini sedap-sedap belaka. 2. Justeru kita hendaklah mengulangkaji pelajaran. 3. Peserta itu kuat betul berlari. 4. Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang terletak di Kedah. 5. Orang yang suka berbohong, lama-lama tidak mempunyai kawan. Saya harap pihak tuan dapat membetulkannya. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Makanan di restoren ini sedap belaka. 2. Justeru, kita hendaklah mengulang kaji pelajaran. 3. Peserta itu pantas/laju betul berlari. 4. Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang terletak di negeri Kedah. 5. Orang yang suka berbohong, lama-lama tidak mempunyai kawan. -lebih kepada bahasa percakapan | Tatabahasa | 21.08.2010 |
Salam Sejahtera, Tuan; Apakah maksud bagi peribahasa yang berikut: "Biar kita mengambil masa yang lama, asalkan kita beroleh kejayaan" Terima kasih. | Salam Sejahtera. Untuk perhatian, saudara, peribahasa yang membawa maksud tersebut ialah 1) Sehari selembar benang, lama-lam menjadi kain 2)Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit. Untuk mengetahui lagi peribahasa Melayu yang baik dan menarik, saudara boleh dapatkan buku 'Kamus Istimewa Peribahasa Melayu' yang disusun oleh Abdullah Hussain. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 31.03.2010 |
Yang mana betul? 1. Ini semua brang lama ibu. 2. Semua ini barang lama ibu. 3. Semua benda ini barang lama ibu. Soalan: Adakah kata ganti nama tuju dapat berdiri sendiri untuk merujuk kepada sesuatu benda? Adakah fenomena ini hasil daripada proses transformasi ayat? | Untuk makluman, kata ganti nama tunjuk (bukan kata ganti nama tuju) ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk. Contoh kata ganti nama tunjuk ialah ini, itu, sini, sana dan situ. Semua ayat yang berikan adalah betul dan kata ganti nama tunjuk boleh berdiri sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang konsep transformasi ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 19, muka surat 531. | Tatabahasa | 03.04.2012 |
a) "Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?" Salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes. b) "Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?" salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes. | "Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?", salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes ... (apa yang diprotes?) | Ejaan | 19.09.2011 |
Ayat: Adib tidak mengirim berita sudah lama kepada ibu bapanya di kampung. Soalan: Frasa "tidak mengirim berita sudah lama" adakah tepat/betul struktur ayatnya? -soalan ujian BM Selaras ZPWPKL Tahun 6 2011. | Frasa yang paling tepat ialah "sudah lama tidak mengirimkan berita". | Tatabahasa | 20.05.2011 |
Saya ada melakukan kajian mengenai karya novel yang mengisahkan perpisahan dalam sebuah keluarga yang akhirnya bertemu semula.Saya juga ingin mencari peribahasa atau bidalan yang sesuai bagi menggambarkan situasi tersebut. Oleh itu saya ingin bertanya mengenai peribahasa atau bidalan yang sesuai selain "air dicincang tidak akan putus" | Peribahasa lain yang sama maksud ialah carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Harap maklum. | Lain-lain | 29.05.2008 |
pondok (usang / buruk) itu perlu diperbaiki secepata mungkin. yang manakah betul ? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan, manakala buruk pula bermaksud 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik. Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun penggunaannya dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi. | Lain-lain | 10.03.2010 |
Naskhah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih tersimpan di Arkib Negara. penggunaan bertulisan betul ke? atau yang salah ialah tersimpan? apa jawapan yang betul? | Naskhah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih tersimpan di Arkib Negara atau Naskhah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih disimpan di Arkib Negara. | Tatabahasa | 16.07.2008 |