Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perbezaan maksud perkataan-perkataan berikut: 1. Laki-Laki 2. Lelaki 3. perempuan 4. Wanita | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 22.10.2010 |
salam tuan , apakah perbezaan antara jantina dengan gender | Gender membawa maksud jantina, iaitu jenis kelamin (laki-laki atau perempuan). | Makna | 25.01.2012 |
apakah beza antara penggunaan "memperisteri" dan "memperisterikan"? | Memperisteri ialah mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini. Memperisterikan pula ialah memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki). | Tatabahasa | 16.09.2008 |
maruah.... apa itu maruah... ego??? apa itu ego.... | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maruah bermaksud kehormatan (diri), harga diri. Maruah juga membawa maksud sifat laki-laki, keberanian, kegagahan; bermaruah mempunyai maruah. Manakala ego bermaksud persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
Salam... Benarkah kata 'ia' boleh digunakan untuk manusia, benda ataupun tumbuhan kecuali haiwan? | Ia ialah 1. kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta harta yg ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut. | Lain-lain | 07.10.2010 |
setahu saya ia tidak boleh digunakan untuk benda selain manusia.Adakah ini benar? | ia menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud: 1. kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta harta yg ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut. | Makna | 17.05.2009 |
Boleh atau tidak kata ganti nama diri orang ketiga "ia" digunakan untuk benda bukan manusia? Contoh: Kelas itu diadakan pada waktu petang. Ia bertujuan untuk...... | Ia ialah kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dan kata ganti benda yang dibicarakan. Merujuk makna yang kedua ia boleh digunakan untuk bukan manusia termasuklah binatang. | Tatabahasa | 23.03.2010 |
Yang manakah lebih tepat sebagai gelaran , Encik Haji atau Tuan Haji ? Apakah kah ada garis panduan dalam permasalahan ini ? sekiranya untuk kegunaan rasmi ? Terima kasih. | Kata "Tuan " merujuk kata panggilan bagi orang laki-laki yang dihormati atau yang berpangkat, misalnya Tuan Syed, Tuan Doktor, Tuan Hakim, Tuan Haji dan sebagainya. Pada ghalibnya, majlis rasmi atau bukan rasmi masyarakat kita akan memanggil "Tuan Haji" bagi orang yang telah mengerjakan ibadah Haji. | Istilah | 06.03.2009 |
Tuan, Sepanjang pengetahuan kita 'tetamu' berasal daripada perkataan 'tamu', lelaki pula 'laki'. Soalannya, para tamu atau para tetamu yang betul dari segi tatabahasa? Begitu juga dengan 'tiga orang lelaki' atau 'tiga orang laki'? Soalnya, tetamu / lelaki itu jamak atau bermaksud satu? Terima aksih. | Dalam kamus Dewan lelaki sama maksud dengan laki-laki, dan diberi tafsiran sebagai jenis manusia yang menjadi pasangan kepada perempuan (tidak dinyatakan satu atau jamak). Begitu juga dengan perkataan tetamu sama makna dengan tamu yang diberi maksud orang yang diundang untuk menghadiri majlis jamuan (tidak dinyatakan satu atau jamak tetapi lazimnya tetamu sudah menunjukkan ramai undangan). Oleh itu, seorang lelaki atau dua orang lelaki boleh digunakan. | Tatabahasa | 28.05.2010 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan penggunaan kata panggilan "encik" dengan "tuan" ? | Umumnya, encik ialah panggilan kepada orang lelaki yang sederhana kedudukannya atau yang tidak dikenali (yg tidak mempunyai sebarang gelaran spt Datuk, Tengku, dsb). Manakala, tuan ialah panggilan bagi orang laki-laki yang berpangkat atau yang patut dihormati. | Istilah | 09.01.2013 |