Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah perbezaan diantara lakaran alat telekomunikasi dengan lakaran olahan ilustrasi alat telekomunikasi? | Lakaran yang pertama bermaksud lakaran alat telekomunikasi.iaitu merujuk alat. Lakaran olahan ilustrasi alat telekomunikasi merujuk lakaran olahan ilustrasi yang dibuat oleg alat telekomunikasi. | Lain-lain | 27.03.2008 |
Dilampir lakaran papan iklan untuk khidmat nasihat dari segi penyusunan, bahasa dan ejaan yang digunakan. | Sila layari laman web DBP dan klik pada e-perkhidmatan, kemudian Khidmat Pengesahan Bahasa DBP untuk menghantar iklan. | Lain-lain | 03.01.2012 |
Memohon pendapat bagi pengertian istilah/tajuk ini :- MASALAH PENYEDIAAN LUKISAN LAKARAN TIDAK SISTEMATIK Terima kasih | Masalah menyiapkan lukisan lakaran atau lukisan yang dilukis secara kasar tidak berasaskan atau menurut sistem yang betul. Untuk maksud yang lebih jelas sila rujuk makalah yang berkaitan. | Makna | 20.04.2009 |
Assalamualaikum... saya ingin memohon lesen perniagaan. dan hendaklah disertakan dgn lakaran papantanda yg hendak di paparkan di syarikat saya nanti... Jd, saya nk tahu bagaimana atau cara saya hendak mengesahkan bahasa lakaran saya itu untuk saya hantar kepada majlis perbandaran di kawasan saya nanti. | Sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) untuk pengesahan visual iklan. Sertakan visual iklan tersebut untuk semakan DBP. | Lain-lain | 27.03.2012 |
kami telah hantar lakaran iklan untuk dapat pengesahan dari pihak tuan, no pendaftaran ialah 16894/2013 masih dalam status BARU. Harap pihak tuan boleh mempercepatkan kelulusan, kerjasama dari pihak tuan sangat kami dihargai. DIDAHULUI DAMI MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA AND KELULUSAN YANG AKAN DIBERI OLEH PIHAK TUAN. | Penggunaan perkatan dalam iklan tuan adalah betul. Untuk pengesahan sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 08.10.2013 |
Bersertakan disini adalah lakaran papan tanda perniagaan seperti dipinta terdahulu oleh Puan Norahayu. | Bahasa yang digunakan adalah betul. Untuk pengesahan iklan, klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 17.01.2012 |
ke alamat email yang mana saya perlu hantar lakaran papan iklan saya untuk tujuan mendapatkan pengesahan bahasa,memandangkan tiada ikon email di dalam lampiran permohonan(papan iklan saya diambil gambar menggunakan android)tq | Sila layari laman web www.prpm.dbp.gov.my, klik e-perkhidmatan dan klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan ikut panduan dalam domain tersebut. | Lain-lain | 29.05.2013 |
apakah yang dimaksudkan dengan 'sketsa'? | Sketsa ialah lukisan yang dibuat secara kasar dan cepat atau lakaran, atau makna yang satu lagi ialah karangan, lakonan pendek yang menggelikan hati. | Makna | 16.07.2010 |
Assalamualaikum, Saya bercadang untuk menghantar karya untuk terbitan DBP. Bagaimanakah caranya?. Adakah panduannya? Bagaimana proposal itu ingin dihantar? Misalnya, saya ada karya yang ingin diterbitkan, khas untuk kanak-kanak. Perlukah saya menghantar kesemua sekali gus karya yang telah siap atau saya perlu hantar proposal cadangan bersama contoh dulu? Bila DBP meluluskan dan bersetuju untuk diterbitkan baru saya hantar karya yang telah siap. Dan tema kanak-kanak yang bagaimana berkemungkinan besar menjadi pilihan DBP/ Terima Kasih. Basari | Waalaikumussalam sdr., terima kasih kerana berminat untuk menulis dengan DBP. Pada dasarnya, pihak kami mengutamakan manuskrip yang dirancang. Pada tahun ini, kami memberi fokus terhadap penerbitan buku informatif sama ada deskriptif ataupun kreatif untuk kanak-kanak dan remaja. Bagi tujuan ini, kami mengalu-alukan kertas cadangan penulisan daripada penulis yang berminat. Sekiranya cadangan penulisan sdr. menepati tema yang dikehendaki, sdr. boleh meneruskan penulisan. Karya yang telah siap ditulis, kami akan ajukan ke Jawatankuasa Editorial untuk kelulusan penerbitan. Pelbagai tema boleh ditulis, antaranya sains dan teknologi, budaya, sejarah, pekerjaan, penyakit dan lain-lain. Pihak kami juga menerima manuskrip yang tidak dirancang, biasanya untuk karya kreatif seperti novel, puisi, cerpen dan cerita rakyat. Manuskrip lengkap (teks dan lakaran ilustrasi/gambar) hendaklah dihantar kepada Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 31.05.2012 |