Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Antara ayat-ayat berikut yang mana satu betul ? a) Sabri melawat ke ladang teh Sabah. b) Sabri melawat ke Ladang Teh Sabah. c) Sabri melawat ke ladang teh, Sabah. d) Sabri melawat ke ladang teh di Sabah. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: b) Sabri melawat ke Ladang Teh Sabah. d) Sabri melawat ke ladang teh di Sabah. | Tatabahasa | 18.10.2012 |
1) Proton bermutu bagus./ Kereta Proton bermutu bagus. perlu letak kereta di depan Proton? 2) Murid-murid menonton pertandingan kompang. adakah penggunaan menonton pertandingan sesuai? 3) bermain kompang atau memukul kompang? 4) bagaimanakah penggunaan "bermandi peluh"? cth: a) Saya bermandi peluh di padang. b) Saya bermandi peluh di ladang. c) Saya bermandi peluh memetik daun teh. 5) ladang teh / ladang daun teh? 6) Saya berkelah di air terjun. Saya berkelah di tepi air terjun. Yang manakah betul? 7) Yang manakah berikut ayat majmuk: a) Ben menjaga komputer riba dengan baik. b) Ben mencari maklumat dengan melayari internet daripada komputer. c) Ben menggunakan komputer untuk membuat tugasan sekolah. | Saudara, 1. Kereta Proton bermutu bagus/tinggi. 2. Murid-murid menonton pertandingan kompang - Boleh digunakan dalam ayat. Namun untuk maksud yang lebih gramatis gunakan 'menyaksikan' 3. Memukul kompang 4. Saya bermandi peluh di padang. b) Saya bermandi peluh di ladang. c) Saya bermandi peluh memetik daun teh - Kesemua penggunaan 'bermandi peluh' dalam ayat adalah betul. 5. ladang teh 6. Saya berkelah di tepi air terjun 7. a) Ben menjaga komputer riba dengan baik. b) Ben mencari maklumat dengan melayari internet daripada komputer. c) Ben menggunakan komputer untuk membuat tugasan sekolah - kesemua ayat yang dikemukakan merupakan ayat majmuk (Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui maklumat lanjut) | Tatabahasa | 06.10.2012 |
Ingin mendapat kepastian sama ada ayat tersebut betul atau tidak terutamanya dari segi pola ayat, sila memberi penerangan : Pelawat di ladang teh boleh menikmati pemandangan yang indah. sekian. terima kasih | Ayat tersebut adalah betul. Dalam ayat tersebut, berlaku penekanan pada bahagian frasa sendi nama, iaitu di ladang teh. | Tatabahasa | 18.10.2013 |
assalam. Saya ingin tahu adakah betul ayat ini. Mak Mah berkali-kali memicit-micit kakinya. Kedua, adakah perkataan mencukup boleh digunakan dalam ayat ini. Bekalan rumput di ladang itu tidak mencukupi. | Ayat yang gramatis ialah "Mak Mah berkali-kali memicit kakinya" dan "Bekalan rumput di ladang itu tidak mencukupi". | Tatabahasa | 03.05.2013 |
Salam, Saya ingin tenya tentang nama golongan haiwan. Adakah "ternakan darat" termasuk ayam dan itik? Adakah "haiwan peliharaan" termasuk haiwan untuk kegemaran dan juga ternakan di ladang sekali? Adakah "binatang jinakan" merangkumi haiwan untuk kegemaran dan haiwan untuk ekonomi sekali? Terima kasih | Dalam Kamus Dewan ternakan sama maksudnya dengan binatang ternakan seperti kuda, lembu, kerbau, kambing dan lain-lain. Walau bagaimanapun tidak ada pengelompokan haiwan tersebut sama ada untuk peliharaan di rumah, ladang dan sebagainya. Tambahan maklumat dalam pengiklanan, lazimnya dalam keterangan aktiviti syarikat/kedai haiwan peliharaan di rumah ditulis sebagai "Kedai Haiwan Kesayangan". | Makna | 03.05.2012 |
Ayat 2 Lori yang Ali pandu telah terbabas semasa pulang dari ladang kelapa sawit kerana dia mengantuk akibat keletihan. A. Lori yang dipandu Ali B. Lori yang telah dipandu oleh Ali C. Lori yang telah Ali pandu D. Lori yang Ali pandu Kebiasaan saya terangkan kepada pelajar : Ayat pasif diri pertama dan kedua tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh manakalan pasif diri ketiga menggunakan perkataan di dan oleh. Cth : Saya tendang bola itu. Bola itu saya tendang Ali tendang bola itu. Bola itu ditendang oleh Ali. Adakah penggunaan perkataan telah dalam ayat di atas menyebabkan tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh | 1. Lori itu dipandu oleh Ali. 2. Lori itu telah terbabas. Ayat yang betul ialah "Lori yang dipandu oleh Ali telah terbabas.... Ayat tersebut telah mengalami peluasan dengan kata hubung pancangan relatif "yang". | Tatabahasa | 17.07.2013 |
apakah yg dimaksudkan dgn huma | Maksud huma menurut Kamus Dewan Edisi Empat: 1. ladang padi (di tanah kering); 2. tanah yg baru dibuka (ditebas hutannya) | Makna | 25.07.2007 |
"Selain untuk pasaran tempatan, mangga Harum Manis ini juga dieksport ke luar negara," kata pengurus ladang itu. Betulkah ayat ini? | Penggunaan tatabahasa dalam ayat betul. | Tatabahasa | 29.04.2013 |
1)Farm Office guard area, conference room, office area, manager room, pantry, surau waiting area. 2)Worker Quaters 3)Silage store 4)General Store 5)Garage & Farm Machinery Store 6)Bio-Security 7)Water Tank 8)Septic Tank | 1)Pejabat Ladang ruang pengawal, bilik persidangan, ruang pejabat, bilik pengurus, pantri, surau, ruang menunggu. 2)Kuaters Pekerja 3)Stor Silaj 4)Stor Am 5)Garaj dan Stor Jentera Ladang 6)Bio Keselamatan 7)Tangki Air 8)Tangki Septik | Istilah | 25.10.2011 |
Adakah salah kalau murid tidak tulis -nya pada ayat berikut? 1)Ben Li makan sarapan dengan keluarga(nya). 2)Ben Li dan kawan-kawan(nya) pergi ke ladang anggur. 3)Ben Li dan keluarga(nya) menyaksikan pertunjukan udara. | Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Menerusi ayat pertama, kedua dan ketiga yang disoal, seharusnya diletakkan 'nya'. Hal ini demikian kerana, penggunaan 'nya' di dalam ayat tersebut merujuk kepada kata ganti nama ganti orang ketiga. Sekiranya tidak diletakkan 'nya' akan timbul persoalan misalnya menerusi ayat pertama sekiranya tidak diletakkan kata 'nya' akan wujud persoalan Ben makan bersama keluarga siapa? Oleh itu, saudari/saudari perlu meletakkan kata 'nya' di dalam ketiga-tiga ayat tersebut. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 02.08.2012 |