Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
maksud ayat ketidakhadiran ke kuliah | Maksudnya tidak hadir ke kuliah. | Makna | 09.09.2008 |
Seorang pensyarah IPTA menggunakan perkataan anda ketika memberikan kuliah kepada pelajar-pelajarnya. Mohon pandangan pihak tuan. Terima kasih. | Kata ganti nama diri kedua "anda" boleh digunakan dalam konteks ini. | Istilah | 13.11.2009 |
Masalah Kemahiran Membaca Dikalangan Muird Tahap satu | Soalan yang dikemukakan terlalu umum dan berbentuk tugasan kuliah. Untuk makluman puan, Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta kekeliruan dalam tatabahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan pelajar IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Soalan sebegini di luar skop perkhidmatankami kerana ia memerlukan pembacaan dan kajian khusus untuk menjawabnya. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran. | Lain-lain | 16.04.2013 |
Masalah penggunaan kata hubung dalam penulisan karangan | Soalan yang dikemukakan terlalu umum dan berbentuk tugasan kuliah. Untuk makluman puan Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta kekeliruan dalam tatabahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan pelajar IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Soalan sebegini di luar skop perkhidmatankami kerana ia memerlukan pembacaan dan kajian khusus untuk menjawabnya. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran. | Lain-lain | 16.04.2013 |
masalah penggunaan huruf besar dan kecil di kalangan murid sek ren. | Soalan yang dikemukakan terlalu umum dan berbentuk tugasan kuliah. Untuk makluman puan, Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta kekeliruan dalam tatabahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan pelajar IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Soalan sebegini di luar skop perkhidmatankami kerana ia memerlukan pembacaan dan kajian khusus untuk menjawabnya. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran. | Lain-lain | 16.04.2013 |
Assalamualaikum. Penamaan atau label sesuatu bangunan adakah memerlukan ditulis "Bangunan Pentadbiran Umar Abd Aziz" atau "Umar Abd Aziz" sahaja? Begitu juga dengan bilik kuliah atau bilik mesyuarat adakah perlu ditulis labelnya "Bilik Mesyuarat (atau Bilik Syura) Abu Bakar" atau cukup "Abu Bakar" sahaja? Terima kasih. Wassalam. | Keterangan nama perlu ada dalam setiap penamaan seperti contoh yang tuan berikan Bangunan Pentadbiran Umar ABd. Aziz, Bangunan Pentadbiran (keterangan nama) dan Umar Abd. Aziz (nama bangunan) dan begitu jugalah dalam penamaan yang lain. | Tatabahasa | 30.01.2013 |
apakah masalah yang sering dialami oleh murid-murid dalam menjawab soalan kata banyak makna | Soalan yang dikemukakan oleh saudara ini berbentuk tugasan kuliah dan memerlukan kajian khusus untuk menjawabnya. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Istilah | 18.03.2012 |
maksud perkataan usrah | usrah Ar perkumpulan yg melibatkan kegiatan agama spt perbincangan tentang sesuatu tajuk agama, dsb: di kilang ini segala keperluan spt kenderaan utk mengikuti kuliah, ~, dan mendengar ceramah telah disediakan. | Tatabahasa | 07.08.2007 |
apakah perbizaan diantara kalimah "dewan kukuliah" dengan "bilik darjah" kami seorang pelajar yang tidak maher dalam kalimah melayu lagi kami adalah rakyat thai sedang digkuna bahasa thai kalau begitu kami harapkan anda di jawabkan soalan kami terimakasih dengan di hormati Abdullah bin Ahmad | Dewan kuliah bermakna suatu ruang yang besar untuk mengadakan sesuatu acara seperti persidangan, perjumpaan, forum dan syarahan yang memuatkan peserta yang ramai. Manakala bilik darjah ialah ruang yang terhad atau kecil untuk mengadakan kelas pengajaran dan pembelajaran yang memuatkan tidak ramai pelajar. Dewan kuliah sering digunakan di pusat pengajian tinggi, sementara bilik darjah digunakan di sekolah rendah dan menengah. | Makna | 27.12.2007 |
1. Apakah maksud perucapan awam dan perbezaannya dengan ceramah? 2. Antara" tip-tip" dan "tips" yang mana satu betul untuk digunakan? | Encik Mohamad Noor, Untuk makluman saudara, ceramah, syarahan, pembentangan kertas kerja, taklimat, kuliah dan sebagainya merupakan bentuk pengucapan awam. Oleh yang demikian tidak ada perbezaan antara kedua-dua ini. Bagi soalan kedua, perkataan yang betul ialah "panduan" bukan "tip-tip" atau "tips". | Lain-lain | 06.02.2010 |