Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Nak daftar dgn Majlis Daerah Kubang Pasu perlukan sijil pengesahan bahasa drp DBP.. Mcmana nak buat? | Salam sejahtera, Tuan, Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 2. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 04.07.2019 |
ADAKAH PERKATAAN LIW YEW MARKETING SDN.BHD BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN LESEN SENDIRIAN DARI MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU. | Sila layari laman dbpsahbahasa.my untuk memohon pengesahan bahasa papan iklan. Tuan boleh mengikut panduan yang diberikan. Terima kasih. | Lain-lain | 07.07.2021 |
PENGESAHAN EJAAN PAPAN TANDA SYARIKAT: EMPAYAR DAMAI SDN BHD (681281-X) ALAMAT: NO 16089 & 16090 HADAPAN NIRWANA JALAN KUBANG KURUS 24000 KEMAMAN TERENGGANU NO TEL: +609 8599090/91 NO FAKS: +609 8599092 EMAIL: sales@empayardamai.com | Masukkan keterangan aktiviti dalam iklan tersebut, contohnya: Pejabat Urusan, diikuti nama syarikat dan alamat, pastikan ejaan yang digunakan adalah ejaan yang betul seperti Tel. (singkatan mesti ada noktah), Faks dan E-mel. | Lain-lain | 24.10.2011 |
Saya amat keliru dengan beberapa nama bazar atau pasar larut malam yang menggunakan nama seperti Damansara Uptown (di pinggir bandar raya Kuala Lumpur), Kota Bharu Uptown (di pusat bandar raya Kota Bharu), dan Downtown Kubang Kerian (juga di Kota Bharu). Sebenarnya apakah istilah yang paling tepat untuk bazar atau pasar larut malam? "Uptown" atau "downtown"? | Mengikut data DBP, istilah uptown dalam bidang geografi merujuk pada pinggir bandar. Manakala downtown merujuk pada pusat bandar raya dalam istilah sains politik dan geografi, dan pusat bandar untuk istilah pelancongan. Daripada pemerian ini, penggunaan dalam masyarakat menggunakan Uptown untuk bazar yang terletak di pinggir bandar, manakala sekiranya bazar di kawasan pusat bandar akan dinamai Downtown. Namun demikian, istilah uptown dan downtown untuk merujuk bazar larut malam belum dimasukkan sebagai entri Kamus. | Istilah | 19.03.2014 |