Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah yang dimaksdkan dengan konotatif dan denotatif? | Konotatif menurut pengertian linguistiknya berkaitan dengan atau mempunyai konotasi. Konotasi bermaksud asosiasi atau idea yang dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yang tersirat. Denotatif menurut Kamus Dewan pula berkaitan dengan denotasi. Denotasi bermaksud makna eksplisit sesuatu perkataan, atau lawan konotasi. Pengertian kedua untuk kata ini ialah hubungan semantik antara satuan bahasadengan benda, simbol dan lain-lain. | Tatabahasa | 21.03.2007 |
Apakah yang dimaksudkan dengan konotatif? | Konotatif menurut pengertian linguistiknya berkaitan dengan atau mempunyai konotasi. Konotasi bermaksud asosiasi atau idea yang dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yang tersirat. | Tatabahasa | 13.10.2013 |
Apakah maksud denotasi dan konotasi serta perbezaannya? | Denotasi ialah makna eksplisit sesuatu perkataan, lwn konotasi; 2. hubungan semantik antara satuan bahasa dgn benda (simbol dll). Konotasi pula ialah asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat: erti istilah perlulah tepat dan tidak boleh mempunyai ~ buruk; berkonotasi mempunyai konotasi, ada konotasinya. | Tatabahasa | 04.04.2010 |
apakah konotasi untuk leksikal 'besar'? | Léksikal (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa; makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). T.kasih. | Makna | 11.08.2008 |
maksud lestikal, konotasi, denotasi, kolokasi, polisemi, humonim, implisit, eksplisit dan semantik | Menurut Kamus Dewan, leksikal bermaksud bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Contoh ayat : Makna leksikal merupakan makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). Konotasi pula merupakan asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat. Denotasi pula ditakrifkan sebagai makna eksplisit sesuatu perkataan, lwn konotasi. Pengertian kedua untuk denotasi ialah hubungan semantik antara satuan bahasa dgn benda (simbol dll). Kolokasi - hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dgn yg lain dlm satu susunan (mis dlm ayat). Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pengertian kata yang dikemukakan, mohon agar saudara membuat rujukan pada Buku Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 07.10.2007 |
DEFINISI BAGI LESIKAL,KONOTASI,DENOTASI,KOLOKASI,POLISEMI,HOMONIM,KETAKSAMAAN,IMPLISIT,EKSPLISIT,SEMANTIK LINGUISTIK,SINONIM,MAKNA LITERAL | Menurut Kamus Dewan, leksikal - (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa, atau (makna leksikal makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). Konotasi pula bermaksud asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lebih terperinci berkaitan perkara di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 06.08.2007 |
SLM, SAYA INGIN BERTANYA TENTANG PERBEZAAN ANTARA KINAYAH DAN KONOTASI DALAM BALAGHAH, TIME KASIH. | Kinayah bermaksud contoh yang tersembunyi pengertian atau maksudnya, yang dapat difahami tanpa keterangan lain. Untuk mendapatkan maklumat perinci termasuklah perbezaan antara kinayah dengan aspek lain dalam bahasa Arab, sila rujuk buku yang berkaitan. | Makna | 24.07.2010 |
makna denotatif? | Denotatif ialah istilah dalam bidang Linguistik yang berkaitan dengan denotasi (lawan konotasi). | Makna | 24.06.2011 |
apa itu denotatif | Denotatif berkaitan denotasi, iaitu: 1. makna eksplisit sesuatu perkataan, lawan konotasi; 2. hubungan semantik antara satuan bahasa dengan benda. | Makna | 31.05.2011 |
Adakah penggunaan rungkap "sebab mengapa" di tengah-tengah ayat gramatis? Bolehkah saudara/ri beri ungkapan-ungkapan lain yang setaraf dengan "sebab mengapa" berlatarkan konotasi "because"/ "for the reasons" / "due to" .... Terima kasih. | Ungkapan "sebab mengapa" adalah tidak gramatis kata kerana sebab digunakan dalam ayat penyata, manakala kata mengapa digunakan dalam ayat tanya. | Tatabahasa | 25.09.2011 |