Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perbezaan maksud bagi istilah 'rumah pangsa' (flats), 'pangsapuri' (apartment), dan 'kondominium'? | 1.kondominium - bangunan pangsapuri yang setiap pangsapurinya dimiliki secara perseorangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama. (selalu dikaitkan dengan kos mewah) 2.pangsapuri - rumah pangsa moden yang lazimnya besar dan luas, dengan disediakan beberapa kelengkapan dan kemudahan. (selalu dikaitkan dengan kos sederhana) 3.flat - sama konsep dengan rumah pangsa tetapi dalam kos yang rendah.(selalu dikaitkan dengan kos rendah) | Tatabahasa | 30.07.2007 |
saya ingin membuat pertanyaan adakah boleh perkataan NAUTICA digunakan untuk menamakan bangunan (kondominium atau lain-lain) | Pada kebiasaannya penamaan sesuatu bangunan atau kondominium bergantung pada lokasi, persekitaran tempat terletaknya bangunan atau kondominium tersebut atau konsep yang hendak diketengahkan. Perkataan nautika bermaksud berkaitan dengan pelaut, perkapalan atau pelayaran. Oleh yang demikian sekiranya ini memenuhi kriteris tersebut maka penamaan sedemikian bolehlah diberikan. Walau bagaimanapun disyorkan saudara merujuk buku garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan nama yang sesuai. | Lain-lain | 25.07.2008 |
condominium | kondominium | Ejaan | 05.05.2011 |
tolong betulkan ayat ini jika ada kesalahan. Tragedi Kondominium Highland Tower runtuh ini berlaku dalam tahun 1993 di Taman Hillview, Ulu Klang. Ia merupakan satu tragedi bangunan runtuh paling buruk di Malaysia dalam bulan November dan Disember membawa hujan yang lebat melampau yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat | Tragedi keruntuhan Kondominium Highland Tower di Taman Hillview, Ulu Kelang berlaku pada tahun 1993. Ia merupakan tragedi bangunan runtuh paling buruk di Malaysia sehingga kini. Lazimnya hujan yang lebat melampau yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat berlaku pada bulan November dan Disember. | Tatabahasa | 09.04.2013 |