berikan dua langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk mengembalikan kegemilangan dan kewibawaan bahasa ilmu iaitu Bahasa Melayu | Pertanyaan saudara memerlukan penelitian yang mendalam. Saudara digalakkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau Perpustakaan Negara/pusat sumber untuk tujuan tersebut. Walau bagaimanapun, untuk membantu saudara dalam perkara ini, dinyatakan secara ringkas berkaitan perkara tersebut, iaitu: 1. Menggalakkan penerbitan buku-buku berbahasa Melayu. 2. Menguatkuasakan akta/ peraturan penggunaan bahasa Melayu. | Lain-lain | 30.07.2010 |
Assalamualaikum, Tuan bersama ini saya sertakan beberapa pertanyaan untuk mendapat jawapan. 1. Manakah cara mengeja yang tepat? Penolong Kanan Kokurikulum atau Penolong Kanan Ko-Kurikulum atau Penolong Kanan KoKurikulum. 2. Mohon tuan berikan makna kata dialek Minang di bawah dalam bahasa Melayu Baku. di ma ati ka rusuah di ma ati indak ka maupek awak ta kicuah capang capeh tiok sabanta Untuk pengetahuan tuan melalui carian internet saya mendapat jawapan, tetapi masih ragu kewibawaan pihak berkenaan, kebanyakan daripada blogger. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: 1. Penolong Kanan Kokurikulum 2. Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami, sila rujuk persatuan atau individu yang berkaitan seperti Persatuan Penulis Negeri Sembilan. | Tatabahasa | 05.03.2012 |