Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah terjemahan 'bachelorette party' dalam bahasa Melayu? | Tidak ada terjemahan bagi perkataan bachelorette party dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah parti bujang dan keraian praperkahwinan. Cadangan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.05.2021 |
Salam 1 Malaysia, Saya masih lagi tercari-cari terjemahan yang sesuai untuk Homecoming..jawapan dari pihak tuan/puan : kami mencadangkan padanan home-coming ialah jamuan kepulangan atau majlis kepulangan.bagaimanapun ia tidak sesuai dalam terjemahan saya..kerana ia adalah jamuan untuk seolah tinggi apabila semester berakhir | Salam 1 Malaysia. Memandangkan istilah "Homecoming" yang dicadangkan ialah "jamuan kepulangan" atau "majlis kepulangan" tidak sesuai dalam konteks ini, saya mencadangkan digunakan istilah "Majlis Keraian" yang bermaksud majlis untuk meraikan atau menghormati seseorang dengan mengadakan keramaian atau jamuan. | Istilah | 17.06.2014 |
|
|