Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kisah kemasyhuran Kesultanan Melaka yang diceritakan oleh Tuan Perpatih Putih telah berjaya menarik hati Maharaja China. Dalam konteks ayat di atas, apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggantikan rangkai kata menarik hati? A. Meyakinkan B. mempersonakan | Jawapan yang betul ialah mempesonakan. | Tatabahasa | 11.09.2013 |
Faktor-faktor campurtangan British di Tanah Melayu | Kedatangan British ke Tanah Melayu adalah kerana faktor ekonomi, agama dan ingin mencari kemasyhuran. Berikutan Revolusi Perindustrian, England memerlukan bekalan bahan mentah seperti bijih timah, rempah dan getah. Dari segi agama pula, berikutan Perang Salib di Eropah, kuasa - kuasa Barat cuba melemahkan perkembangan agama Islam walau di mana juga pusat perkembangannya. Selain itu, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba mencari tanah jajahan bagi mendapatkan kemasyhuran sebagai satu kuasa dunia yang gagah. Tanah jajahan juga menjadi tempat memasarkan barangan keluaran mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Sejarah Malaysia Sepintas Lalu oleh Zainal Abidin Abdul Wahid et.al., buku Malaysia oleh Rupert Emerson, dan lain-lain. | Lain-lain | 01.03.2008 |
38. Bagaimanakah Sultan Mansor Syah memulakan hubungan dengan China ? A. Melalui pengiring-pengiring Puteri Li Po. B. Dengan mengahwini Puteri Li Po. C. Dengan kemasyhuran Kesultanan Melaka. D. Melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle 40. Rangkai kata menarik hati dalam petikan bermaksud A. menggembirakan B. meyakinkan C. mengasyikkan D. mempersonakan | 38. Jawapan yang betul ialah D. Melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle. 40. D.Mempesonakan
| Tatabahasa | 12.09.2013 |
|
|