| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Apakah maksud dan perbezaan "kelulusan akademik" dan "kelulusan ikhtisas"? Terima kasih. | Kelulusan akademi bermaksud kelulusan yang diperolehi oleh individu setelah memenuhi semua syarat-syarat pengajian di Pusat Pengajian Tinggi. Manakala kelulusan ikhtisas pula bermaksud kelulusan yang memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus. | Makna | 31.03.2015 |
| Yang manakah penggunaan perkataan lebih tepat samaada "Kelulusan Segera" ataupun "Kelulusan Pantas"? Bagi menunjukkan situasi kelulusan permohanan pinjaman kewangan dari institusi kewangan. | Istilah yang tepat ialah kelulusan segera. | Tatabahasa | 17.09.2013 |
| ASSALAMUALAIKUM, SAYA INGIN BERTANYA MENGENAI PROSEDUR UNUK MENDAPAT KELULUSAN PAPAN TANDA KEDAI UNTUK KELULUSAN MAJLIS. MAKSUD SAYA DOKUMEN APA PERLU DIBAWA/DISEDIAKAN UNTUK MENDAPAT KELULUSAN TERSEBUT DAN TEMPOH KELULUSAN TERIMA KASIH | Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja. | Lain-lain | 12.12.2025 |
| I Tiada sesiapa yang meragui kelulusan hatinya. II Abangnya graduan kelulusan Universiti Putera Malaysia. III Encik Zahari mendapat kelulusan doktor untuk mengambil cuti tanpa gaji. IV Kita tidak sepatutnya belajar hanya untuk mendapat kelulusan dalam peperiksaan. Jawapan bagi soalan ini ialah III dan IV. Soalan saya ialah mengapa II adalah salah? | Dalam ayat II perkataan yang betul ialah lulusan. Lulusan bermaksud orang yang telah lulus dalam peperiksaan , lepasan. | Tatabahasa | 05.06.2008 |
| KELULUSAN DBP UNTUK LESEN PAPAN TANDA KEDAI SEMAKAN BAHASA. BIG APPLE DONUTS & COFFEE (trademark). DBP NASIHATKAN UNTUK LETAK (R) kerana ada trademark guna perkataan inggeris. MOHON: STANDARD SAIZ, LETAK BAHAGIAN MANA, WARNA, BENTUK (R) UNTUK DILETAK DI PAPAN TANDA KEDAI SEBELAH NAMA KEDAI. SYARIKAT MOHON DBP LAMPIRKAN STANDARD RUJUKAN | Assalamualaikum, Puan perlu mendaftarkan tanda dagang (R) dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sekiranya belum berbuat demikian. Standard tanda dagang boleh didapati menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Sekian untuk makluman.
| Lain-lain | 20.11.2017 |
| KELULUSAN DBP UNTUK LESEN PAPAN TANDA KEDAI SEMAKAN BAHASA. BIG APPLE DONUTS & COFFEE (trademark). DBP NASIHATKAN UNTUK LETAK (R) kerana ada trademark guna perkataan inggeris. MOHON: STANDARD SAIZ, LETAK BAHAGIAN MANA, WARNA, BENTUK (R) UNTUK DILETAK DI PAPAN TANDA KEDAI SEBELAH NAMA KEDAI. SYARIKAT MOHON STANDARD DARI DBP | Assalamualaikum, Puan perlu mendaftarkan tanda dagang (R) dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sekiranya belum berbuat demikian. Standard tanda dagang boleh didapati menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Sekian untuk makluman.
| Lain-lain | 20.11.2017 |
| Kelulusan Iklan Besar di Bangunan Pejabat, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana, Petaling Jaya | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 12.10.2015 |
| Kelulusan Perniagaan Amar Empat tidak di lukuskan apa sebab? Dan di mana kelemahan? | Tuan perlu mengemukakan visual iklan dalam format jpeg atau gif untuk pengesahan. Permohonan tanpa visual tidak dapat diproses. | Lain-lain | 04.09.2015 |
| Kelulusan Bahasa | Sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 03.06.2015 |
| Kelulusan Teks Guru membentuk semua profesion menjadi kenyataan teachers make all other professions possible | Jawapan Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "Teachers make all other professions possible" adalah seperti yang berikut: 1. Guru merealisasikan semua profesion 2. Guru menjadikan semua profesion satu kenyataan 3. Guru menghasilkan semua profesion. | Tatabahasa | 07.03.2013 |