Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Yang mana betul: pendiangan atau perdiangan? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkataan itu ialah 'perdiangan'. Mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan untuk 'fireplace' ialah 'pendiangan'. Mengikut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, perkataan itu ialah 'pendiangan'. Mengikut Khidmat Nasihat Bahasa, perkataan itu ialah 'pendiangan'. Adakah Kamus Dewan betul atau salah? 2. Yang mana betul: 'dengan sekelip mata' atau 'dalam sekelip mata'? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (entri 'kelip'), ayat contoh diberi: 'Dengan sekelip mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang.' Mengikut Khidmat Nasihat Bahasa, 'dalam sekelip mata' itu betul. Agak mengelirukan. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih. | 1. Yang mana betul: pendiangan atau perdiangan? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkataan itu ialah 'perdiangan'. Mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan untuk 'fireplace' ialah 'pendiangan'. Mengikut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, perkataan itu ialah 'pendiangan'. Mengikut Khidmat Nasihat Bahasa, perkataan itu ialah 'pendiangan'. Adakah Kamus Dewan betul atau salah? 2. Yang mana betul: 'dengan sekelip mata' atau 'dalam sekelip mata'? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (entri 'kelip'), ayat contoh diberi: 'Dengan sekelip mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang.' Mengikut Khidmat Nasihat Bahasa, 'dalam sekelip mata' itu betul. Agak mengelirukan. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. | Tatabahasa | 02.02.2012 |
tolong semak ayat saya... adakah ayat yang saya senaraikan ini mengandungi frasa kerja tak transitif? 1. lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu. 2. kelihatan di sedang menulis sesuatu di kertas iitu dan dihulurkan kepada lelaki itu. 3. lelaki itu membaca dan kemudian menggelengkan kepala. 4. perempuan itu merenung tajam ke arah lelaki itu. 5. dia diam seketika, sambil matanya terkelip-kelip memandang syiling wad yang kaku itu. 6. siang dan malam lelaki itu menunggu perempuan itu dengan tabah dan sabar. 7. anak di rumah, pandai-pandai sahaja unutk mengurus diri sendiri. 8. sambil tersenyum, dia menegurku mesra. 9. dia tidak sanggup meninggalkan isterinya tanpa ditemani walau sesaat pun. 10. dua belas tahun yang lalu di telah dibedah di Singapura. 11. aku sangat kagum dengan lelaki itu dan terkesan dengan kesabarannya melayani karenah isterinya yang pelbagai macam itu. 12. calang-calang suami tidak akan sanggup membelai isterinya yang terbujur di katil itu. 13. perlahan-lahan dia duduk di atas kerusi di sisi katil isterinya. 14. saya gembira ibu melawat saya. 15. ketika akau melangkah pulang aku melihat bahawa dia masih tersenyum riang. 16. dia mencapai tanganku dan menciumnya. 17. hati kecilnya tidak putus-putus mendoakan semoga dia akan pulih. 18. kita janganlah lupa untuk terus beristighfar dan reda dengan apa-apa yang berlaku,. 19. aku terkesima dan kagum dengan ketabahan isterinya,. | Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Walau bagaimanapun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, namun unsur ini bukanlah dianggap sebagai objek (tidak boleh dipasifkan), sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Contoh kata kerja tak transitif berpelengkap: beransur (pulih), tinggal (di bandar), menjadi (guru), berbuat (baik), ada (keluarga) dan berbantalkan (lengan) Contoh kata kerja tak transitif tak berpelengkap: bangun, tumbang, pulang, menangis, menjerit, berkibaran, berjalan, tersenyum, terpegun, menguning, melancong dan meninggi. Sebagai seorang bakal guru saudara perlu lebih mengenali pelbagai aspek tatabahasa termasuklah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Merujuk ayat Lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu - menghulurkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap. Untuk ayat yang seterusnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 88-90 dan halaman 385-394. | Tatabahasa | 24.03.2011 |
Tuan/Puan meletakkan soalan saya (tarikh soalan 2/2/12)sebagai jawapan dan tidak memberi jawapan bagi soalan saya. Harap Tuan/Puan boleh memberi jawapan yang mana betul: perkataan 'perdiangan' atau 'pendiangan' ? dan 'dengan sekelip mata' atau 'dalam sekelip mata' ? Berikut ialah soalan yang dihantar pada 2/2/12 dan tuan/puan tidak memberi jawapan. 1. Yang mana betul: pendiangan atau perdiangan? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkataan itu ialah 'perdiangan'. Mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan untuk 'fireplace' ialah 'pendiangan'. Mengikut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, perkataan itu ialah 'pendiangan'. Mengikut Khidmat Nasihat Bahasa, perkataan itu ialah 'pendiangan'. Adakah Kamus Dewan betul atau salah? 2. Yang mana betul: 'dengan sekelip mata' atau 'dalam sekelip mata'? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (entri 'kelip'), ayat contoh diberi: 'Dengan sekelip mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang.' Mengikut Khidmat Nasihat Bahasa, 'dalam sekelip mata' itu betul. Agak mengelirukan. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. | 1. Mengikut Kamus Dewan, Edisi Keempat Pendiangan ialah tempat berdiang dan kata ini lazimnya digunakan dalam penulisan umum, manakala kata Perdiangan juga merujuk tempat berdiang atau dapur atau palong padanannya bahasa Inggeris ialah hearth. Namun, kata perdiangan lebih banyak digunakan dalam bidang peristilahan. 2. Frasa yang gramatis dari aspek tatabahasa ialah "dalam sekelip mata", namun frasa "dengan sekelip mata" juga banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kedua-dua frasa tersebut diterima dan boleh digunakan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 03.02.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelip |
|
Puisi |
---|
|
Kelip-kelip pergi ke dusun, Anak keling bergelang kaca; Kalau tak mati kerana racun, Yang manis kuambil juga.
Lihat selanjutnya... |
|