Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Manakah yang betul? 1. otak cair 2. cair otak Merujukkan kamus dewan edisi keempat, cair otak digunakan. | Berdasarkan kelaziman bentuk yang ada, frasa "otak cair" yang lebih tepat, contoh lain seperti "otak beku" dan "muka tembuk". | Tatabahasa | 28.04.2013 |
makna konservetif | Konservetif tiada makna. Namun demikian, jika kata yang dimaksudkan konservatif, maksudnya menurut Kamus Dewan ialah bersikap mempertahankan adat, nilai, dll yg telah menjadi kelaziman atau tradisi, tidak mudah menerima perubahan. Contoh ayatnya ialah: Usul supaya sistem pelajaran dirombak telah ditentang hebat oleh pihak konservatif. Kata konservatif juga dapat digunakan untuk makna bagi kata kolot atau tidak moden. | Makna | 13.11.2006 |
kepada soalan mengapa perlunya peminjaman bahasa asing di masukkan ke dalam bahasa melayu..saya memerlukan artikel atau sesuatu bukti melalui buku atau bahan bacaan lain..terima kasih | Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Sebab peminjaman ialah 1.Tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khsusus kepada benda, perkara (fenomena)2. Perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.3.Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding BM sedia ada yang mungkin sudah lapuk .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. Peminjaman unsur asing oleh BM dapat dilihat dari segi peminjaman. 1. huruf atau sistem tulisan 2. bunyi-bunyi 3. imbuhan 4. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan 5. struktur ayat. Jenis-jenis peminjaman ialah 1. peminjaman tulen (matematik, bonus), 2. peminjaman kacukan (kasut but), 3. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam) 4. peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).5. peminjaman kuno (purnama) 6.peminjaman berpindah (vokal/vowel). Silalah berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 05.10.2006 |
Apakah perbezaan antara jawapan dengan jawaban | Tidak ada perbezaan antara jawapan dengan jawaban. Kedua-duanya betul. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. | Istilah | 17.03.2010 |
Salam sejahtera tuan. Perkataan 'jawaban' atau 'jawapan' yang sepatutnya betul? Bolehkah tuan jelaskan? Ribuan terima kasih didahulukan atas penjelasan tuan. | Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. | Tatabahasa | 08.07.2013 |
Kata "jawab" ialah kata akar. Mengapakah apabila ditambah imbuhan akhiran -an, kata ini menjadi "jawapan" dan bukannya "jawaban"? | Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. | Istilah | 04.10.2009 |
nyatakan sebab-sebab perlunya unsur serapan dalam bahasa melayu? | Kata serapan ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Peminjaman unsur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Sebab peminjaman ialah 1.Tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda, perkara (fenomena)2. Perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.3.Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding BM sedia ada yang mungkin sudah lapuk .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. Peminjaman unsur asing oleh BM dapat dilihat dari segi peminjaman. 1. huruf atau sistem tulisan 2. bunyi-bunyi 3. imbuhan 4. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan 5. struktur ayat. Untuk makluman lebih lanjut sila dapatkan Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Prof. Datuk Dr. Asmah Haji Omar. Terima kasih. | Tatabahasa | 09.05.2013 |
Saya ingin bertanya, adakah penggunaan perkataan "jawapan" telah bertukar menjadi "jawaban"? | Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. | Ejaan | 14.07.2010 |
Dalam entri ribu KD4 menulis begini: 1000, 4000. Dalam entri juta KD4 menulis begini: 1 000 000. Lazimnya saya menulis begini: 1,000,000. Manakah yang persis (a) 1000000 (berdasarkan entri ribu) (b) 1 000 000 (berdasarkan entri juta) (c) 1,000,000 (kelaziman saya) (d) 1, 000, 000 (kemungkinan ada)? | Berdasarkan sistem matrik, entri ribu dan juta ditulis sebegini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. 1000 - 9000 (tidak ada jarak) 1 000 000 (dijarakkan dan tidak diletakkan sebarang tanda koma) Terima kasih. | Lain-lain | 02.02.2009 |
Bagaimana ejaan yang betul? jawaban atau jawapan | Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi, iaitu pengimbuhan kata dasar jawab + akhiran -an, manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. | Tatabahasa | 15.12.2011 |