Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah kegemaran anda? | Sila jelaskan soalan saudara. | Tatabahasa | 20.07.2010 |
Amalan membaca kegemaran yang berfaedah. apakah predikat ayat tersebut? dan apakah frasa yang membentuk predikat ayat stersebut? pengarang novel panas salju tingkatan 3 ialah Talib Samad atau Talib Samat? | Predikat tersebut ialah kegemaran yang berfaedah. Bagi ayat kedua, perkataan ialah boleh dimasukkan ataupun ditinggalkan. | Tatabahasa | 25.06.2010 |
Salam, Saya ingin tenya tentang nama golongan haiwan. Adakah "ternakan darat" termasuk ayam dan itik? Adakah "haiwan peliharaan" termasuk haiwan untuk kegemaran dan juga ternakan di ladang sekali? Adakah "binatang jinakan" merangkumi haiwan untuk kegemaran dan haiwan untuk ekonomi sekali? Terima kasih | Dalam Kamus Dewan ternakan sama maksudnya dengan binatang ternakan seperti kuda, lembu, kerbau, kambing dan lain-lain. Walau bagaimanapun tidak ada pengelompokan haiwan tersebut sama ada untuk peliharaan di rumah, ladang dan sebagainya. Tambahan maklumat dalam pengiklanan, lazimnya dalam keterangan aktiviti syarikat/kedai haiwan peliharaan di rumah ditulis sebagai "Kedai Haiwan Kesayangan". | Makna | 03.05.2012 |
saya hendak membuat ayat seperti berikut: SNEK BERSANTAI KEGEMARAN RAMAI. adakah boleh digunakan perkataan bersantai di dalam ayat tersebut dan betulkah penggunaan ayat bersantai didalam ayat tersebut. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersantai bermaksud berbuat apa sahaja dgn bebas tanpa ketegangan, bersenang-senang (tidak mengalami tekanan atau desakan): apabila persediaan sudah cukup, saya bekerja kadang-kadang ada ~-santai juga, bermalas-malas juga. Oleh itu, ayat saudara untuk menggunakan frasa tersebut tidak betul kerana bersantai merujuk orang/manusia yang bersantai, bukan snek. Cadangan kami: Snek Kegemaran Ramai. | Tatabahasa | 18.06.2010 |
apakah maksud sudah duduk baru berlunjur? adakah predikat dalam 'Membaca kegemaran yang membaca faedah.' ialah frasa nama? Deretan pasu bunga dan tompokan rumput yang terdapat di pekarangan rumah... apakah kata/penjodoh bilangan yang sesuai utk menggantikan tompokan rumput? | Peribahasa yang betul ialah "Belum duduk berlunjur dulu". Maksudnya belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu. (Biasa juga: Belum duduk telah berlunjur atau sudah mengunjur atau hendak berlunjur). Ayat yang saudara berikan tidak jelas (Membaca kegemaran yang membaca faedah). Cadangan perkataan yang sesuai untuk menggantikan tompokan rumput ialah jenis. | Tatabahasa | 23.06.2010 |
1. Bibir gadis itu merah. 2. Baju merah itu mahal. 3. Merah lambang keberanian. 4. Warna merah warna kegemaran adik. Apakah fungsi kata 'merah' dalam keempat-empat ayat itu. | Dalam ayat pertama dan kedua "merah" berfungsi sebagai kata adjektif. Dan "merah" dalam ayat ketiga ialah adjektif yang mengambil tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek ayat sama seperti ayat keempat, ayat yang gramatis merah warna kegemaran adik. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan di bawah tajuk binaan ayat. | Tatabahasa | 09.11.2012 |
(1) Bibir gadis itu merah. (2) Baju merah itu mahal. (3) Merah lambang keberanian. (4) Warna merah warna kegemaran adik. Perkataan "merah" dalam ayat (1) hingga (4) di atas mengandungi pelbagai fungsi dalam ayat. Apakah fungsi kata "merah" dalam keempat-empat ayat itu dan berikan sebabnya. | (1) Bibir gadis itu merah. (2) Baju merah itu mahal. (3) Merah lambang keberanian. (4) Warna merah warna kegemaran adik. Dalam ayat 1, 2 dan 3, merah berfungsi sebagai warna yang dapat dilihat secara fizikal. Manakala bagi ayat 3, merah menunjukkan konotasi dengan warna merah yang terang dan mempunyai maksud tersembunyi iaitu berani.
| Tatabahasa | 25.10.2012 |
1)"Sang Kancil"buku cerita gemari Ali.(betul) 2)"Sang Kancil"buku cerita gemaran Ali.(betul) 3)"Sang Kancil"buku cerita kegemaran Ali.(betul) 4)Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu.(betul) 5)Mei Ling menyertai acara tiup belon.(betul) 6)Ali dan Abu menyertai acara upih pinang.(betul) 7)Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.(Betul) 8)Biki menyertai acara isi air dalam botol.(betul) Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1) "Sang Kancil" buku cerita kegemaran Ali.(betul) 4) Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu 5) Mei Ling menyertai acara meniup belon. 6) Ali dan Abu menyertai acara menarik upih pinang. 7) Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki. 8) Biki menyertai acara mengisi air dalam botol. | Tatabahasa | 23.06.2011 |
amatur | Orang yang melakukan @ mengerjakan sesuatu hanya sebagai kegemaran (bukan untuk mencari wang) - lawan profesional | Makna | 11.02.2009 |
Salam sejatera, Ayat yang berikut saya petik daripada saolan PMR. Ibu MENGACU biskut cip coklat kegemaran kami kami sekeluarga. Ayat tersebut salah dari segi penggunaan kata MENGACU. Selain kata MENGHIDANGKAN, apakah kata lain yang dapat menggantikan kata MENGACU dalam ayat di atas? Terima kasih | Perkataan lain yang sesuai untuk menggantikan kata menghidangkan ialah menyajikan atau menyediakan makanan. Mengacu bermaksud membentuk (kuih, peluru, dll) dgn menuang bahan cecairnya ke dlm sesuatu bekas atau acuan. Melihat konteks ayat yang diberikan kata menghidangkan atau menyajikan lebih sesuai digunakan. Namun, saudara perlu merujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui guru di sekolah untuk mendapatkan jawapan bagi soalan tersebut. | Tatabahasa | 18.10.2011 |