Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bagaimana cara penulisan darjah/pingat kebesaran selepas nama seseorang? Beliau menerima pingat kelakuan terpuji (p.k.t.). | Penggunaan Darjah Kebesaran Persekutuan atau Darjah Kebesaran Negeri biasanya diletakkan di bawah nama penerima darjah kebesaran tersebut. Sekiranya diletakkan sebaris dengan nama penerima, darjah kebesaran tersebut perlu dimasukkan dalam tanda kurung () serta disusun mengikut darjah tertinggi. Contohnya, Tn. Hj. Muhammad bin Daud (P.K.T.). Namun hal ini bergantung pada protokol khusus sesebuah negeri dan sebagainya. | Lain-lain | 28.02.2020 |
Apakah terjemahan bagi post-nominal? Post-nominal ini yang singkatan darjah kebesaran yang dikurniakan selepas nama orang. Contohnya DK. | Post-nominal bermaksud darjah kebesaran, sementara 'DK' merupakan singkatan darjah kebesaran. | Makna | 24.03.2018 |
Yang manakah betul - 'beriman dengan' atau 'beriman kepada'? Mereka akhirnya mengakui kebesaran Allah dan beriman dengan-Nya. Mereka akhirnya mengakui kebesaran Allah dan beriman kepada-Nya. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah 'Mereka mengakui kebesaran Allah dan beriman kepada-Nya'. | Tatabahasa | 05.01.2012 |
Perbezaan Dato' dan Datuk | Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh sultan negeri-negeri Melayu. Manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan. | Makna | 04.01.2007 |
Syaril Azrad Sep 9th, 1:39am Assalamualaikum. Saya kerap mendengar di radio ayat seperti berikut. " Antara tanda kebesaran Allah ialah dijadikannya alam yang...." betul atau tidak penggunaan imbuhan di-kannya dalam ayat di atas? | Frasa yang betul ialah 'Antara tanda kebesaran Allah adalah dijadikan-Nya alam yang...' atau ' Antara tanda kebesaran Allah ialah kejadian alam yang...' | Tatabahasa | 09.09.2014 |
PERBEZAAN PERKATAAN DATO' DAN DATUK | Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh sultan negeri-negeri Melayu. Manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan. | Makna | 04.04.2009 |
Apakah perbezaan gelaran Dato' dengan Datuk? Adakah benar gelaran Dato' untuk darjah kebesaran yang diberikan oleh TYT atau Raja di setiap negeri. Manakala Datuk pula gelaran bagi mereka yang memperoleh darjah kebesaran daripada YDPA | Gelaran Dato' dikurniakan oleh negeri bersultan/beraja dan gelaran Datuk dikurniakan oleh negeri tidak bersultan/beraja atau Wilayah/Kerajaan Persekutuan. | Lain-lain | 28.01.2014 |
Perbezaan dato` , datuk dan datok | Dato' ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja, manakala Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah. | Lain-lain | 24.04.2009 |
Apakah perbezaan antara Dato' dan Datuk? | Dato' ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja, manakala Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah. | Lain-lain | 08.01.2007 |
Adakah ayat di bawah salah struktur bahasanya? 1. Aktivitis masyarakat itu dianugerahkan pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan Kalau ayat tersebut salah strukturnya, apakah alasannya? | Saudara, Ayat yang betul : Aktivis masyarakat itu dianugerahi pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Fungsi meN...i/ di...i menandakan lokatif manakala fungsi meN...kan/di...kan menandakan kausatif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 207. | Tatabahasa | 03.09.2009 |