Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah maksud "Masyarakat Madani Tanpa Dadah"? | Madani berasal daripada perkataan Arab bermaksud masyarakat/generasi yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. Oleh itu, ungkapan tersebut boleh bermaksud "Masyarakat yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan tanpa terlibat dengan penyalahgunaan dadah". | Makna | 20.03.2009 |
apakah erti tamadun | Tamadun bermaksud :1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban; | Makna | 08.01.2010 |
APAKAH ERTI TAMADUN ISLAM? ATAU, APAKAH ERTI TAMADUN? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tamadun ialah 1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban; | Istilah | 11.12.2009 |
maksud perkataan INSENTIF dan GANJARAN | Insentif bermaksud sesuatu (yang berupa kebendaan atau tidak) yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan, manakala ganjaran bermaksud hadiah untuk perbuatan baik dan balasan bagi perbuatan jahat. | Makna | 26.09.2012 |
apakah dimaksudkan komsep tamadun dari sudut bahasa& apakah ciri-ciri tamadun yang terbilang? | Tamadun bermaksud :1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban; Saudara boleh merujuk buku-buku atau majalah-majalah yang berkaitan bagi merujuk perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri tamadun yang terbilang.
| Lain-lain | 11.07.2009 |
Golongan remaja selalu dikaitkan dengan sikap yang tidak bersungguh-sungguh untuk memajukan diri,mementingkan kebendaan,tidak mahu mengembangkan ilmu pengetahuan malah berfikiran cetek.Sejauhmanakah kebenarannya??Berikan pendapat anda. Bagaimanakah jawab soalan ini?? | Bagi menjawab soalan tersebut, tuan dikehendaki menghuraikan idea-idea yang dinyatakan dengan menyertakan bukti dan contoh. Tuan perlu menegaskan kebenaran idea tersebut dengan memberikan pendapat atau idea yang lain. | Lain-lain | 25.10.2013 |
maksud perkataan laif dan marcapada? adakah ayat ini betul?'marcapada ini,manusia laif dengan kebendaan??? terima kasih | Saudara Thrishnaa, Maksud perkataan 'laif' dan 'marcapada' ialah daif dan dunia sekarang ini. Ayat seperti ini mungkin boleh digunakan dalam penulisan esei, novel atau cerpen. | Makna | 31.03.2010 |
CONTOH BAGI KONSEP YANG ABSTRAK | Konsep yang abstrak ialah tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dgn pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad: kesetiaan adalah sesuatu yg ~; | Lain-lain | 07.08.2010 |
apakah definisi kemajuan | Kemajuan ialah perihal maju (taraf hidup dll): kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt kemajuan ekonomi); kemajuan yg berkaitan dgn aspek kerohanian (spt etika, moral, dsb). | Makna | 30.01.2010 |
mencari definisi sepenuhnya apa iti masyarakat madani | Masyarakat madani ialah masyarakat yg maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. T.kasih. | Makna | 10.07.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebendaan |
|
|