Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ingin bertanya, penggunaan pelanjutan atau perlanjutan yang betul bagi maksud untuk melanjutkan kebenaran memandu. cth: Permohonan kelulusan perlanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan. @ Permohonan kelulusan pelanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan. Terima kasih | Permohonan kelulusan pelanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan - pelanjutan bermaksud perihal melanjutkan (kebenaran memandu kenderaan jabatan). | Tatabahasa | 21.03.2011 |
Dia menyesatkan aku dari jalan kebenaran @ Dia menyesatkan aku daripada jalan kebenaran? | Kata sendi nama yang sesuai untuk ayat tersebut ialah daripada kerana "jalan kebenaran" ialah tempat yang abstrak. | Tatabahasa | 13.09.2011 |
PENGGUNAAN AYAT "PERMOHONAN KEBENARAN KELUAR NEGARA" DAN "KELLULUSAN KEBENARAN KE LUAR NEGARA" ADAKAH SALAH UTNUK DIGUNAKAN SEBAGAI TAJUK SURAT ATAU AYAT DI DALAM SURAT | Ayat/ejaan yang betul ialah "Permohonan Kebenaran ke Luar Negara". | Tatabahasa | 16.03.2010 |
Bolehkah menggunakan ayat berikut untuk bilik fail sulit " SILA MASUK DENGAN KEBENARAN " | Frasa tersebut betul tetapi terlalu terikut-ikut dengan terjemahan daripada bahasa Inggeris. Cadangan kami ialah SILA MASUK SETELAH MENDAPAT KEBENARAN atau DILARANG MASUK TANPA KEBENARAN. | Tatabahasa | 14.10.2009 |
Tuan, Yang manakah jawapan yang betul bagi soalan aneka pilihan di bawah? ________ minta kebenaran sebelum masuk ke bilik guru. (A) Jangan (B) Tolong (c) Jemput (d) Sila | Ayat yang gramatis ialah 'Sila minta kebenaran sebelum masuk ke bilik guru.' | Tatabahasa | 06.04.2011 |
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah maksud dengan pernyataan berikut. "Tanah ini tidak boleh dipindahmilik atau dipajak melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri" | Ayat tersebut sudah jelas menyatakan tanah tersebut tidak boleh dipindah milik atau dipajak melainkan dengan kebenaran pihak berkuasa negeri. | Tatabahasa | 12.07.2010 |
1. Apakah terjemahan untuk perkataan "technopreneurship"? Keusahawanan tekno? 2. ...boleh mendapatkan kebenaran dari (atau daripada?) Bahagian Perancangan Penyelidikan FRIM | 1. Untuk makluman belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk technopreneurship. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk entrepreneurship iaitu keusahawanan dan technoentrepreneur ialah teknousahawan. Istilah yang dicadangkan ialah teknokeusahawanan. 2. ... boleh mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Perancangan | Istilah | 11.10.2011 |
Saya ingin memohon kebenaran mengunakan name syarikat saya "Unique Touch Concept" dalan Papan Tanda. Terima Kasih | Untuk makluman, DBP tidak mengesahkan nama khas dan nama dalam bahasa Inggeris. Sila masukkan perkataan seperti PEJABAT URUSAN dalam papan tanda syarikat. Untuk kelulusan papan tanda, tuan hendaklah ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa dengan melampirkan visusl papan tanda bukannya di ruangan Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 28.08.2013 |
Salam. Saya ingin meminta kebenaran dari pihak DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA mengenai perkataan yang dipamerkan di papan iklan "PUSAT MSF,PUSAT PINJAMAN PERIBADI,CIMB BANK" seperti yang telah saya lampirkan di lampiran fail. Jika perkataan tersebut tidak dibenarkan,perkataan apa yang sepatutnya saya gunakan. Harap pihak DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA dapat memberi tunjuk ajar.Terima kasih | Keterangan aktiviti yang paling sesuai digunakan dalam iklan tersebut ialah "Pusat Pinjaman Peribadi". Untuk pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 14.09.2012 |
Saya benar-benar percaya kebenaran kata-kata mutiara "semua yang berlaku itu ada sebabnya". [Betulkah begini?] | Sila jelaskan soalan saudara. | Lain-lain | 17.11.2011 |