Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya telah membaca jawapan tuan dalam Arkid Soalan tentang "sejak belakangan"/ "Sejak kebelakangan" / Kebelakangan ini. Saya mendapati jawapan-jawapan yang diberi berkontradiksi, yang mana satu yang betul? Sekian, terima kasih. | Kedua-duanya betul dan hendaklah digunakan mengikut konteks ayat yang betul. | Tatabahasa | 13.05.2010 |
Saya ingin mrngetahui perbezaan antara harmoni dengan harmonis. Bolehkah pihak tuan cuba jelaskan yang mana satu betul " sejak belakangan / sejak kebelakangan / Kebelakangan ini. Sekian, terima kasih. | Harmoni dan harmonis kedua-duanya membawa maksud selaras, sesuai, sepadan, seimbang dan sebagainya. Namun dalam konteks di Malaysia, kita menggunakan perkataan harmoni, harmonis digunakan di Indonesia. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
Apakah perbezaan penggunaan perkataan "kebelakangan" dan "belakangan"? | Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Contoh ayat kedua, mula-mula ia menolak, tetapi kebelakangan ini menerima juga tawaranku. Untuk makluman saudara, penggunaan kebelakangan dan belakangan ini sebenarnya sering bertukar ganti penggunaannya. Namun demikian, kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan. | Makna | 11.07.2007 |
salam, penggunaan bahasa yang betul, belakangan ini atau kebelakangan ini. terima kasih | Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan. | Makna | 24.05.2010 |
Kebelakangan ini, guru sekolah saya telah mengikuti kursus Bahasa Melayu. Pensyarah kursus mengatakan bahawa: 1. Bapa Ali ialah seorang usahawan. ( Salah ) 2. Bapa Ali ialah usahawan. ( Betul ) 3. Bapa Ali seorang usahawan. ( Betul ) ** " ialah seorang" tidak boleh digunakan bersama. Adakah itu benar? | Perkataan ialah boleh digunakan bersama dengan seorang. Harap saudara dapat meminta penjelasan daripada pihak yang memberikan kursus tersebut. | Tatabahasa | 18.08.2010 |
Kebelakangan ini, saya dapati perkataan "kededua" sering digunakan untuk membawa maksud "kedua-dua". Soalan saya ialah, adakah perkataan ini, "kededua" diterima? Jika demikian, bagaimana dengan perkataan-perkataan kata bilangan yang lain seperti ketiga-tiga, keempat-empat dan sebagainya? Terima kasih. | Tiada perkataan "kededua" dalam rujukan kami. Sekiranya yang dimaksudkan 'kedua-dua', maka penggunaannya adalah betul. Kedua-dua bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang, dan sebagainya); dua-dua sekali. Perkataan ketiga-tiga dan keempat-empat boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.08.2010 |
Selamat pagi, Frasa belakangan ini dan kebelakangan ini sama kegunaannya? Adakah kedua-dua frasa ini betul? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian. Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan. | Lain-lain | 25.05.2010 |
sejak kebalakangan ini dan sejak belakangan ini-kedua-duanya betul ke? atau hanya kebelakangan ini/belakangan ini sudah memadai? terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan ini lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan ini. | Lain-lain | 24.05.2010 |
1. Apakah perbezaan antara belakangan dan kebelakangan 2. cara menggunakan perkataaan tersebut | Belakangan merujuk kepada kebelakangan yang membawa maksud akhir-akhir ini. Perkataan kebelakangan hendaklah diikuti dengan ini di belakangnya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 26.10.2008 |
frasa sejak akhir-akhir ini betul ke? sejak kebelakangan ini dan sejak belakangan ini boleh ke digunakan? | Berdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa tersebut betul. Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan ini lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan ini. | Tatabahasa | 19.10.2010 |