Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kebebasan Kehakiman Digasir, Ekonomi Tergugat Apakah makna perkataan digasir. Terima Kasih | Kata gasir bermaksud menggali lubang dalam tanah (sama makna dengan kata gangsir). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 25.10.2009 |
apakah maksud liberalisme? | Menurut Kamus Dewan, liberalisme ialah fahaman yg liberal, fahaman atau pendirian yg mahukan demokrasi serta kebebasan dlm kegiatan ekonomi. | Makna | 28.07.2007 |
maksud kawalan belanjawan | Saudara, Perkataan kawalan bermaksud 1. yg dikawal; hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan; Perkataan belanjawan bermaksud 1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini. Oleh itu kawalan belanjawan bermaksud kawalan terhadap belanjawan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 18.12.2009 |
Saya terbaca sajak Sebuah Malam. Penjodoh bilangan sebuah untuk malam dibenarkan dalam sajak? | Penggunaan "sebuah malam" dibenarkan bagi sajak sebagai kebebasan penyair (poetic licence). | Lain-lain | 04.11.2009 |
MAKNA KATA Adakah perkataan 'opsyen' telah terbina dalamnya sifat majmuk, atau perlu saya menulis 'opsyen-opsyen'? TK DBP! | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, opsyen bermaksud 1. hak (kebebasan) untuk memilih, pilihan 2. hak untuk membeli atau menjual sejumlah sekuriti dan sebagainya pada harga tertentu dalam tempoh tertentu (bidang Ekonomi). Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan opsyen tidak perlu diulang kerana telah jelas maksudnya. Perkataan ini biasanya digunakan apabila sesuatu pihak diberi hak untuk memilih satu sahaja daripada beberapa pilihan. | Makna | 14.02.2012 |
apakah maksud sosioekonomi.dan apakah maksud liberal | Sosioekonomi bermaksud hal-hal berkaitan dengan unsur-unsur atau faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi, dan liberal bermaksud condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik. | Makna | 18.05.2009 |
Sekiranya kita memetik ayat pada iklan, tanda petik manakah yang paling sesuai. Satu atau dua. Contoh:Kata-kata pada iklan itu benar-benar memberi semangat baru kepadanya, "Harapan Omar adalah kebebasan, peluru tidak dicipta bagi membunuh harapan." | Penggunaan yang betul ialah tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' ') lazimnya digunakan dalam tanda petik. | Ejaan | 10.10.2011 |
Jika tanda "/" membawa maksud "dan" & "atau", saya harap DBP tetapkan yang mana satu. Jika tidak akan berlaku keliruan. | Tanda baca "/" boleh membawa maksud dan, atau serta per. Dalam hal ini kebebasan diberikan kepada penulis untuk menentukan maksud yang paling sesuai, oleh itu untuk mengelak kekeliruan kepada pembaca eloklah dieja perkataan yang paling sesuai bagi melambangkan maksud tanda baca tersebut. | Tatabahasa | 25.11.2009 |
Apakah dia lesen puisi? untuk apakah lesen puisi ini? | Tiada istilah 'lesen puisi'. Mungkin saudara bermaksud 'lecentia poetica', iaitu suatu keistemewaan bagi seorang penyair untuk menyimpang atau lari daripada aturan biasa penulisan. Tujuan lecentia poetica atau kebebasan penyair ini adalah untuk menghasilkan satu bentuk pengucapan yang baru daripada yang biasa dihasilkan oleh penyair lain. Selain daripada tujuan tersebut, lecentia poetica ini dapat membentuk identiti seseorang penyair. | Lain-lain | 05.05.2010 |
Apa maksud badan bebas? | Badan bebas ialah badan atau pertubuhan atau kumpulan yang sama ada dilantik oleh pihak tertentu atau diwujudkan atas matlamat tertentu yang tidak dikongkong, tidak terikat atau tidak dikuasai oleh pihak lain. Contoh : pihak kerajaan melantik kumpulan pakar untuk mengkaji kesan pencemaran alam sekitar akibat pembuangan sisa toksid, maka badan tersebut diberi kuasa atau kebebasan untuk melaksanakan tugasnya tanpa dikongkong oleh pihak kerajaan. | Makna | 27.05.2008 |