Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam, apakah terjemahan untuk istilah yang merujuk kepada roda/tayar kereta kebal? Adakah betul jika diterjemahkan seperti berikut, trek berantai/roda berantai/tayar berantai. Untuk makluman, perkataan bahasa Inggerisnya ialah Track. Terima kasih. | Penggunaan yang paling sesuai ialah roda berantai bagi merujuk roda yang menggerakkan kereta kebal. | Istilah | 13.09.2012 |
apakah maksud telap dan tiris? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, telap bermaksud 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilukai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanahnya tanah liat yg tidak ~ air. Manakala tiris bermaksud 1. bocor (atap, perahu, bekas air, dll): bumbung rumahnya ~; dijahit layar mana yg robek, biduk ditambal mana yg ~; 2. meleleh (menerusi lubang atau celah), menitis, menitik-nitik: air dlm tanah terus ~ menerusi bumbung gua itu; air digenggam tiada ~ prb sangat berhati-hati mengeluarkan wang; | Lain-lain | 01.07.2010 |
Salam.. Adakah semua perkataan berikut di bawah boleh dikategorikan sebagai simpulan bahasa? Mohon penjelasan pihak DBP. 1.abad komputer 2.abang ipar 3.abang kandung 4.abang kendong 5.abang sanak ayah 6.abang sanak ibu 7.abang saudara 8.abang sepupu 9.abang tiri 10.abilah peringgi 11.baju dalam 12.baju dingin 13.baju hujan 14.baju jas 15.baju Johor 16.baju kahwin 17.baju kebal 18.baju kebaya 19.baju kelepak 20.baju kemeja 21.baju kepuk 22.baju kotong 23.baju kuntum 24.baju kurung 25.baju lasak 26.baju monyet 27.baju panas 28.baju sejuk 29.baju seroja 30.baju teluk belanga 31.baju teratai Terima Kasih. | Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam yang bemaksud orang yang tidak memakai kasut dan tangkai jering bermaksud orang yang kedekut. Contoh perkataan yang saudara berikan tidak termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
Salam, apakah padanan bahasa Melayu untuk istilah-istilah bahasa Inggeris berikut, 1) Fixing strap, 2) Ribbed vault, 3) Navigation buoy. Terima kasih | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus bahasa Melayu untuk fixing strap, ribbed vault dan navigation buoy dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk setiap perkataan seperti yang berikut: 1. fixing - ikat, pengekal, penetap, strap - tali, pita, bebat, sabuk 2. ribbed - beralur, berusuk, berbunga , vault - kekubah, bilik kebal 3. navigation - pandu arah, pengemudian, buoy - boya, pelampung Oleh itu, tuan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan.
| Istilah | 01.10.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebal. |
|
|