Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan, Katakanlah saya sebagai pengacara majlis( guru sekolah) . Bolehkah saya menggunakan Kata ganti nama `beliau` semasa membaca biodatanya kerana murid ini murid cemerlang? | Kata ganti nama diri orang ketiga "beliau" sesuai digunakan untuk orang/golongan dewasa yang berpekerti baik dan mulia, lazimnya mempunyai kedudukan yang agak tinggi dan terhormat dalam masyarakat. Dalam hal ini, saudara digalakkan menyebut nama murid untuk tujuan tersebut. | Istilah | 24.04.2009 |
"Mengapakah permaisuri bersedih? Katakanlah kepada ...............," kata Dayang Suri kepada Permaisuri Ratna Devi. Jawapan: A. Beta B. hamba C. patik D. tuan hamba | Encik Tony, Jawapan bagi pertanyaan tersebut ialah C. patik. | Tatabahasa | 22.06.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata katakanlah |
|
|