Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ada soalan berkaitan kata sendi dari/daripada yang bertemu dengan kata nama anggota tubuh badan. 1. Kata-kata itu keluar dari/daripada mulutnya. 2. Air matanya bertakung dan akhirnya tumpah dari/daripada tubir mataya. 3. Kata-kata itu ikhlas dari/daripada hatinya. Penggunaan anggota tubuh badan tersebut bolehkah merujuk kepada tempat atau asal kejadian sesuatu perkara? Mohon penjelasan pihak DBP. | Berikut disenaraikan ayat yang lebih tepat tatabahasanya: 1. Kata-kata itu keluar daripada mulutnya. 2. Air matanya bertakung dan akhirnya tumpah daripada tubir matanya. 3. Kata-kata itu ikhlas daripada hatinya. Penggunaan anggota tubuh badan tersebut merujuk pada sumber atau asal kejadian sesuatu benda. (Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 269-272) | Tatabahasa | 25.09.2023 |
Untuk kata-kata yang berakhir dengan huruf "i," dalam bahasa Melayu, bolehkah kita membuat andaian umum bahawa, contohnya, "menganugerahi" diikuti oleh "penerima" atau "menganugerahkan" diikuti oleh "suatu objek"? Jadi, untuk kata-kata lain yang mirip dengan ini, kita aplikasikan konsep yang sama. Apakah pendapat DBP? Terima kasih. | Apitan meN-...-i membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek. Kata kerja ini hadir dalam ayat aktif transitif. Contoh dalam ayat, “Ibu sedang menidurkan adik”. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan pula ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam ayat transitif aktif. Contoh dalam ayat, “Mekanik itu sedang membaiki kereta saya”. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 190 – 197 dan 202 – 208. | Tatabahasa | 28.07.2024 |
apa beza berutus dan mengutus? | Assalamualaikum, Perkataan berutus bermaksud berkirim surat, berita, e-mel dan sebagainya (kelas kata: kata kerja tak transitif) Contoh ayat - Kami masih berutus e-mel walaupun jarang-jarang bertemu. Manakala perkataan mengutus mempunyai dua maksud: 1. mengirim atau menghantar (surat, berita, e-mel dan sebagainya) (kelas kata: kata kerja transitif) Contoh ayat - Dia mengutus surat kepada gadis idamannya kerana dia malu hendak bertemu muka. 2. menyuruh (seseorang) pergi sebagai wakil diri (kelas kata: kata kerja transitif) Contoh ayat - Akhirnya dia pun mengutus seseorang untuk meminang gadis pujaannya itu. (Rujukan Kamus Dewan Perdana, 2020:hlm. 2492) Terima kasih. | Makna | 22.05.2025 |
Salam tuan. Adakah kata-kata berikut betul? 1. salah tempat Contoh ayat: Kamu sudah salah tempat untuk membuat kad pengenalan. 2. tuan-tuan dan puan-puan sekalian Terima kasih. | Penggunaan yang lebih formal untuk menyatakan hal tersebut ialah seperti contoh yang berikut: 1. Kamu berada di tempat yang salah untuk membuat pengaduan. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Terima kasih. | Tatabahasa | 26.08.2023 |
berdasarkan berikut bolehkan anda kelaskan ia mengikut kategori, contohnya, peribahasa, bidalan, kata-kata mutiara@hikmah dan sebagainya: 1. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan 2. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali 3. Masa itu emas 4. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat 5. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada katanya 6. Muafakat membawa berkat 7. Jangan takut berbagi ilmu, kerana semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita mendapat. - (Buya Hamka) 8. Bersatu teguh, bercerai roboh 9. Jauh perjalanan, luas pandangan 10. Sediakan payung sebelum hujan 11. Gemggam bara api biar sampai jadi arang 12. Ilmu tanpa amal , sia-sia- (Imam Al-Ghazali) Terima kasih daun keladi. >_< | Mohon maaf tuan, untuk makluman tuan soalan ini tidak berkaitan dengan makna peribahasa dan boleh dkategorikan berdasarkan rujukan yang dibuat berdasarkan buku-buku yang peribahasa. | Lain-lain | 04.03.2025 |
Apa beza suku, kaum, puak, bangsa? | Tuan boleh menyemak makna kata-kata tersebut di prpm.dbp.gov.my atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh perbezaan atau persamaannya. | Makna | 23.09.2024 |
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, Mohon kerjasama tuan/puan untuk menilai penggunaan kata-kata di dalam seloka seperti dibawah : Handal bersembang, Ingar gemerencang, Selalu tunjuk belang, Walau banyak gebang, Ada gundik merangkap dayang, Deras ambil peluang, Inklusiviti penilaian akhirnya sumbang. Zaman multitugas, Ada yang berlaun. Ingkar metode asas, Tegas tambah elaun, Untung kaki kipas, Nanti semak akaun. (Nota : Seloka penceritaan tentang sikap seseorang yang suka bercakap besar, membuat penilaian berdasarkan sikap pilih kasih sehingga tidak mengambilkira peraturan yang sedang berkuat kuasa) | Untuk menjawab soalan ini, mohon pihak tuan untuk meng-e-melkan soalan ini kepada YBrs. Dr. Syaidul Azam bin Kamarudin melalui alamat e-mel syaidul@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih. | Sastera | 01.08.2023 |
Perkataan yang sesuai untuk hal atau keadaan mengenali, menghargai dan mencintai diri sendiri? | Beberapa kata yang boleh disarankan ialah kebanggaan, kecintaan, keberahian, kepujaan, keghairahan, kekaguman, ketaasuban, kefanatikan, pengapresiasian, penghargaan, penghormatan, penyanjungan dan sebagainya. Kata-kata tersebut boleh digandingkan dengan kata "diri" menjadi kebanggaan diri, kecintaan diri, pengapresiasian diri dan sebagainya. Pemilihan kata-kata ini bergantung kepada konteks dan makna yang ingin disampaikan. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk maklumat berkaitan kata dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 21.11.2024 |
adakah perkataan/frasa ini digunakan dalam bahasa Melayu dan apakah maksudnya yang sebenar? 3. Precariat 4. prakarsa 5. Klusif, 6. efi-fenomena 7. sarwapandang 8. neoliberal 9. inteligensia | Kata-kata tersebut masih belum terakam dalam Kamus Dewan Perdana dan Kamus Dewan Edisi Keempat kecuali kata sarwa, pandang, neo-, liberal dan inteligensia. Makna bagi kata-kata tersebut boleh diperoleh dengan mudah di https://prpm.dbp.gov.my/ atau merujuk kamus bercetak. | Lain-lain | 12.07.2023 |
apakah yang dimaksudkan dengan kecindan | Kata kecindan bermaksud kata-kata yang lucu dan menggelikan hati. Sila layari PRPM https://prpm.dbp.gov.my/ atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat tentang kata tersebut dalam bahasa Melayu. | Makna | 08.09.2024 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kata-kata |
|
Puisi |
---|
|
Mengapa adik menjahit baju, Menjahit kain si banyak lagi; Mengapa adik kata begitu, Kata yang lain banyak lagi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 603 The tongue is sharper than the sword Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal Lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal. Sesungguhnya lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|