Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah yang dimaksudkan dengan kalimah-kalimah ini, yang pertama ingat, kedua maklum, ketiga tanggap, keempat hasrat, kelima jangkaan, keenam teka, ketujuh selidik dan yang kelapan faham. kalau boleh tolong bezakan semuanya. satu lagi soalan iaitu berikan saya beberapa contoh yang menunjukkan pemikiran intuitif (intuisi) itu berlaku? | Perbezaan boleh dilihat berdasarkan makna setiap perkataan yang berikut; ingat-masih ada dlm fikiran, maklum-faham/mengerti, tanggap-memerhatikan dgn teliti, hasrat-keinginan yg kuat utk memiliki/melakukan sesuatu, jangkaan-apa-apa yg dijangka/sangkaan, teka-menduga-mengagak, selidik-teliti/cermat, faham-pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu/pengertian. Intuitif bermaksud daya atau kebolehan memahami (mengetahui, merasai) sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara sedar, gerak hati, dan perbincangan/contoh2 tentangnya perlu merujuk buku-buku ilmiah yg dihasilkan mengenainya. | Makna | 29.10.2007 |
Kenapakah kata "qiamat" ditukar ejaannya kepada "kiamat"? Sedangkan kata "Quran" dikekalkan? Soalan ini pernah diajukan kepada saya ketika satu perbincangan bahasa bersama rakan saya di IPG. Soalan ini rentetan daripada hujah rakan saya berkaitan dengan pertukaran makna pada sesuatu kata. Rakan saya mengaitkan perkara ini sama seperti kalimah-kalimah dalam bahasa Arab, sekiranya berlaku pertukaran ejaan, akan berubah maknanya. Jadi, apakah jawapan yang lebih jelas berkaitan dengan hal ini? | Ejaan "kiamat" disesuaikan mengikut pedoman Transliterasi Arab-Rumi, manakala kata al-Quran dianggap sebagai kata nama khas dan dikekalkan ejaannya dengan huruf yang melambangkan huruf qaf dalam bahasa Melayu. Kami tidak menafikan kemungkinan wujud perubahan makna apabila ejaannya diubah, tetapi kita harus faham dan melihat keseluruhan konteks perbincangan. Contohnya, jika kita merujuk hari kebangkitan tidak mungkin kita merujuk kepada makna yang lain selain hari kiamat. | Ejaan | 28.08.2011 |
Salam. Saya ingin bertanya apakah ejaan sebenar kalimah dalam ejaan jawi untuk menunjukkan huruf-huruf al-quran. Contoh ayat: Bulatkan huruf diakhir kalimah yang berubah bentuk. | Ejaan kalimah ialah kaf.lam.mim.ha. Untuk mendapatkan panduan lengkap tentang ejaan Jawi termasuklah ejaan bagi kata serapan bahasa Arab, ejaan nama hari, bulan, planet, bintang, hari perayaan dalam Islam, kaum di Malaysia, kaum dan bangsa, mazhab, negeri dan kata nama am/khas yang lain sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi), 2009, terbitan DBP, berharga RM80.00. | Lain-lain | 29.12.2009 |
apakah perbizaan diantara kalimah "dewan kukuliah" dengan "bilik darjah" kami seorang pelajar yang tidak maher dalam kalimah melayu lagi kami adalah rakyat thai sedang digkuna bahasa thai kalau begitu kami harapkan anda di jawabkan soalan kami terimakasih dengan di hormati Abdullah bin Ahmad | Dewan kuliah bermakna suatu ruang yang besar untuk mengadakan sesuatu acara seperti persidangan, perjumpaan, forum dan syarahan yang memuatkan peserta yang ramai. Manakala bilik darjah ialah ruang yang terhad atau kecil untuk mengadakan kelas pengajaran dan pembelajaran yang memuatkan tidak ramai pelajar. Dewan kuliah sering digunakan di pusat pengajian tinggi, sementara bilik darjah digunakan di sekolah rendah dan menengah. | Makna | 27.12.2007 |
Saya ingin tahu asal usul & makna kalimah "tuan tanah kedaung". Apa sebenarnya "kedaung" itu? Pohon petai? | Makna "kedaung" dalam Kamus Dewan ialah sejenis tumbuhan (pokok) yang boleh dibuat ulam dan ubat, atau disebut jua beka, bereksa, boli, gedayang, gedayung, tulur. Untuk mengetahui asal usul perkataan sila rujuk buku atau hasil kajian yang dibuat tentang tumbuhan tersebut. | Makna | 21.06.2009 |
Salam, Saya telah menulis buku yang berjudul Tip dan Trik Usrah. Mohon pandangan dan nasihat pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia berhubung penggunaan kalimah "trik" dalam konteks budaya dan kesesuaian bahasa. Apakah trik itu dikaitkan dengan konotasi negatif sekiranya disandarkan kepada perkara baik. Sebagai contoh Trik Usrah. Mohon pandangan pihak Tuan/Puan Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan tip bermaksud petua, manakala trik bermaksud teknik atau membuat sesuatu dengan cepat dan betul. Trik dalam bahasa percakapan bermaksud helah dan dalam penggunaan harian penggunaan trik lebih banyak menggambarkan maksud tersebut. Oleh itu, dalam hal menamakan buku kami cadangkan pihak tuan menggunakan nama lain yang lebih tepat dan santun seperti Panduan Mendekati Usrah. | Tatabahasa | 03.07.2012 |
assalamualaikum tuan, untuk makluman tuan, saya kini dalam tindakan untuk menyediakan sighah fatwa dalam versi jawi bagi tujuan pewartaan, sehubungan dengan itu, mohon pengesahan berhubung ejaan jawi bagi beberapa perkataan berikut: 1) enakmen 2) syiah 3) takaful 4) kedudukan 5) kalimah 6) akidah 7) Islam 8) ajaran 9) lain-lain 10) syubhah 11) sperma, embrio dan ovum segala kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai. | Seperti Lampiran. | Ejaan | 23.07.2013 |
beberapa hari yang lepas saya telah bertanya tentang mengucap syukur atau mengucapkan syukur, pada kedua-dua tersebut, jawapan yang betul adalah berlainan. sekarang saya menjadi keliru. yang mana satu betul? dan apakah maksud perkataan itu? | Mengucapkan syukur bermaksud melafazkan rasa kesyukuran atas sesuatu perkara manakala mengucap lebih kepada maksud menyebut atau melafazkan dua kalimah syahadat. | Tatabahasa | 07.08.2010 |