Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
kadang kala atau kadangkala | kadangkala | Ejaan | 14.09.2011 |
Bagi perkataan yang berakhir dengan -isme, bilakah kita perlu menghurufbesarkannya? Contoh: Konfusianisme Dalam sistem prpm, kadang kala dimulakan dengan huruf besar, kadang kala ia dimulakan dengan huruf kecil, bergantung kepada kamus yang berlainan. | Ejaan yang betul ialah konfusianisme sama seperti komunisme, nasionalisme dan sebagainya. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Ejaan | 21.06.2012 |
Yang berikut ialah kekerapan perkataan berkenaan dirakamkan dalam Kamus DBP tertentu: kadangkala Kamus Dewan - 33 kali Kamus Pelajar - 5 kali Kamus Pelajar II - 12 kali Kamus Komputer 1 kali Jumlah 51 kali kadang kala Tiada dalam mana-mana kamus DBP ada kala Kamus Dewan - 1 kali Kamus Pelajar - 1 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Jumlah 7 kali ada kalanya Kamus Dewan - 47 kali Kamus Pelajar - 4 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Kamus Komputer - 1 kali Jumlah 57 kali adakalanya Kamus Dewan - 1 kali Jumlah 1 kali adakala Kamus Dewan - 3 kali Jumlah 3 kali 1. Ejaan untuk kata kadangkala adalah jelas satu perkataan. 2. Perhatikan bahawa adakala dimasukkan sebagai satu perkataan di tiga (3) tempat dalam Kamus Dewan termasuklah sebagai lema/entri utama/kata masukan, tetapi di tempat lain dimasukkan sebagai ada kala sebanyak tujuh (7) kali, malah ada kala dengan partikel -nya (ada kalanya) dirakamkan sebanyak 57 kali dalam Kamus DBP. Dengan kekerapan yang tinggi sebagai dua perkataan (ada kala/ada kalanya), mustahil berlaku kesilapan semasa penyuntingan, juga mustahil semasa atur huruf. Jadi, muktamadnya, kata ini harus dieja bagaimana? Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) | Kami ambil maklum atas kekeliruan yang berlaku. Pihak kami akan berbincang dengan bahagian lain yang terlibat di DBP seperti Bahagian Perkamusan serta Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mencari satu ketetapan untuk dijadikan panduan. Pihak kami akan menghubungi saudara melalui alamat e-mel yang diberikan dengan kadar segera. | Lain-lain | 15.08.2012 |
Mengapa perkataan 'ada kala' dieja jauh sedangkan 'kadangkala' dieja dekat ? Begitu juga dengan ejaan 'sering kali' dieja jauh sedangkan 'barangkali' dieja dekat ? | Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan kadangkala dan barangkala merupakan sebahagian daripada kata majmuk yang tersebut (rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 74). | Tatabahasa | 09.04.2010 |
ejaan apakala @ apa kala (Mana betul) | Ejaan yang betul ialah apakala. | Ejaan | 03.08.2009 |
dahulukala betul atau dahulu kala betul? | Ejaan yang betul ialah dahulukala. | Ejaan | 27.04.2013 |
ejaan dahulukala betul atau dahulu kala betul? | Ejaan yang betul ialah dahulukala, sama seperti kadangkala dan sediakala. | Ejaan | 28.02.2012 |
apakah contoh bahasa rojak yang sering kala digunakan oleh remaja kini? | Sdr, yang dimaksudkan bahasa rojak itu ialah bahasa yang digunakan bercampur-campur contohnya ' you know semalam i baru je beli one pair of shoe cantikkan? | Tatabahasa | 31.07.2007 |
ejaan yang betul bagi adakala? atau ada kala? | Adakala. | Ejaan | 10.06.2013 |
ejaan mana yg betul adakala atau ada kala. Di Kamus Dewan dieja satu kata, tetapi pd Lembar Bahasa dieja dua kata yg betul. Tolong jelaskan. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah adakala mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat. Mungkin berlaku kesilapan tipografi dalam Siri Pedoman Lembar Bahasa. | Ejaan | 06.05.2009 |