Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1)Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus. jawapan melayur/memasak/membakar/memanggang...jawapan yang manakah sesuai??? 2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang...(penggunaan kacau betul atau salah dalam ayat tersebut? 3) | )Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus. melayur- lebih sesuai 2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang. bersepah/berselerak -lebih sesuai | Tatabahasa | 03.09.2012 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan huru-hara dan haru-biru dari segi penggunaan? Harap dapat keterangan yang jelas. Terima kasih. | Haru-biru ialah haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yang dahulunya sangat tenang telah menjadi haru-biru; Mengharu-birukan 1. menimbulkan kerusuhan (kekacauan dan lain-lain), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah mengharu-birukan suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dan sebagainya): yang sangat mengharu-birukan fikirannya ialah perceraian anaknya; masalah itu mengharu-birukan fikirannya; keharu-biruan keadaan haru-biru: keharu-biruan yang berlaku dalam mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya. Huru-hara ialah dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yang aman akan huru-hara akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis; 2. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya): dia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan huru-haralah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dengan tidak tentu tujuan: janganlah huru-hara ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramalkan bahawa huru-hara akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an; | Tatabahasa | 08.07.2013 |
perkataan sama erti bagi perkatan2 berikut: i)bimbsng, takut ii)sedih, sayu iii)kacau, tidak tenteram | risau,gelisah,khuatir. | Tatabahasa | 22.08.2007 |
apakah maksud kerancuan bahasa | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat Kata rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk, kacau(bahasa). Kata kerancuan bermaksud keadaan rancu, tidak teratur. Kerancuan bahasa bermaksud keadaan penggunaan bahasa yang tidak teratur, mencampuradukkan bahasa, iaitu bahasa Melayu dengan bahasa lain. | Lain-lain | 20.03.2008 |
suasana pasar pada pagi ahad itu_______________ dengan suara penjual dan pembeli yang tawar-menawar. A.kucar-kacir B.hiruk-piruk C.kacau-bilau D.gegak-gempeti | B. Hiruk-pikuk. T.kasih. | Lain-lain | 14.08.2008 |
Suasana pasar pada pagi Ahad itu ________ dengan suara penjual dan pembeli yang tawar-menawar. A.kucar-kacir B.hiruk-piruk C.kacau-bilau D.gegak-gempita | Hiruk-pikuk.T.kasih. | Lain-lain | 14.08.2008 |
sila berikan maksud kerancuan bahasa dan sertakan contoh-contohnya. Terima Kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga kerancuan bermaksud tidak teratur, campur aduk, kacau(bahasa). Sila rujuk Pusat Dokumentasi Bahasa Melalui dengan melayari Laman Web DBP untuk mendapatkan makalah tentang perkara ini atau rujuk akhbar-akhbar tempatan, buku atau majalah di pasaran. | Makna | 13.03.2008 |
kelam kabut atau kelam kelibut ? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah dan ejaan yang betul ialah kelam-kabut yang bermaksud tidak keruan, tidak tentu arah, kacau-bilau: keadaan pd waktu itu ~; perasaanku ~; | Istilah | 15.01.2010 |
maksud perkataan rakan | Makna bagi perkataan rakan ialah sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dll). Rakan juga membawa maksud bala, bahaya (yg akan datang); 2. huru-hara, kacau-bilau. Sila rujuk Kamus DWan Edisi Keempat untuk keterangan dan contoh yang lebih lanjut, Harap maklum. | Makna | 26.08.2007 |
apakah kesan kecelaruan bahasa terhadap pembakuan bahasa? apakah yang dimaksudkan dengan kecelaruan, dan contoh. | Menurut Kamus Dewan, kecelaruan bermaksud perihal bercelaru (bkn keadaan, fikiran, dll atau keadaan kacau-bilau). Bagi membantu saudara mencari apakah kesan kecelaruan bahasa ini, saudara boleh membuat rujukan pada majalah-majalah atau buku terbitan Dewan Bahasa dan pustaka. | Makna | 01.08.2007 |