Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bolehkah ayat "Essential oil including their flavouring constituent -isolate and concentrate" diterjemahkan seperti yang berikut: Minyak pati termasuklah juzuk perisanya - asingan dan pekatan | Padanan bahasa Melayu bagi "Essential oil including their flavouring constituent -isolate and concentrate" ialah Minyak pati dengan bahan perisa - asing dan pekat. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.08.2021 |
apakah maksud perkataan reduk sionis? | Reduksionis bermaksud penyokong reduksionisme. Reduksionisme pula bermaksud 1. mencerakin data yg kompleks menjadi juzuk yang kurang kompleks; 2. teori yang menyatakan bahawa idea, sistem, dan lain-lain yang kompleks boleh difahami melalui bahagian atau komponennya yang kurang kompleks. | Makna | 09.04.2007 |
apa pengertian baka, gen, jenitik, dan keturunan | Baka ialah keluarga (yang menurunkan), atau asal keturunan. Gen ialah sebahagian daripada juzuk sel pada benda hidup, yang mengawal ciri fizikal, pertumbuhan, dan perkembangan benda hidup yang berkenaan. Genetik (bukan jenitik) bermaksud;1. kajian tentang keturunan (baka), dan cara individu mewarisi sesuatu ciri (sifat), dan memindahkan ciri tersebut daripada satu generasi kepada generasi lain melalui gen; 2. berkenaan pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu. Keturunan bermaksud anak cucu, baka, zuriat. | Makna | 22.07.2009 |
Perbezaan antara analitikal, analitik dan analisis? | Dalam Kamus Dewan Perdana (KDP), kata analitikal dan analitik mempunyai makna yang sama. Namun, kata analitik lebih tepat dan kerap penggunaannya berbanding kata analitikal. Kedua-kedua kata ini mempunyai dua makna, iaitu: 1. (tentang penyelidikan, pendekatan dan sebagainya) bersifat analisis; 2. mampu atau berkebolehan untuk menganalisis sesuatu (KDP2020: 92). Contoh ayat bagi kata analitikal dan analitik: Terapi ini akan merangsang otak kiri yg bersifat analitik supaya lebih aktif.• Dia mempunyai pemikiran yang analitik.•Berfikir secara analitikal ditandai oleh daya usaha untuk melihat sesuatu itu secara lebih terperinci. Kata analisis pula mempunyai makna yang berbeza yang merujuk penelitian atau penyelidikan untuk mengkaji sesuatu. Makna ini dipecahkan kepada tiga dan berbeza mengikut konteks penggunaannya. Makna analisis dalam KDP ialah: 1. penelitian secara terperinci dan mendalam daripada pelbagai aspek, faktor dan sebagainya untuk mengetahui keadaan sebenar, sebab musabab dan sebagainya; 2. penyelidikan secara terperinci dan mendalam dengan menggunakan kaedah statistik untuk mendapatkan sesuatu kesimpulan atau menjelaskan sesuatu keadaan; 3. penyelidikan secara saintifik untuk mengetahui kandungan atau juzuk sesuatu (KDP2020: 91). Contoh ayat bagi kata analisis: Analisis penulisan novel fiksyen golongan Tionghoa peranakan sudah disampaikan kepada editor jurnal.•Banyak analisis telah dilakukan berhubung kesan pelaburan syarikat asing di negara Dunia Ketiga.• Analisis darah dilakukan untuk mengetahui tahap kolesterol dalam darah seseorang. | Makna | 11.03.2025 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata juzuk |
|
|