Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ayat di bawah, yang mana satu adalah benar? "Adalah juga" atau "juga adalah" atau "juga"? Contoh : 1)Pihak tuan "adalah juga" dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. 2)Pihak tuan "juga adalah' dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. 3)Pihak tuan "juga" dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. | Ayat yang betul ialah : 3)Pihak tuan juga dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. Untuk makluman, kata pemeri 'adalah' hadir di hadapan farasa adjektif dan frasa sendi nama.Penggunaan kata pemeri 'adalah' amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu.Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. | Tatabahasa | 31.10.2011 |
Salam sejahtera, Dalam penulisan, kerap lagi saya temukan struktur Selain itu, pihak berkuasa juga ....; Di samping itu, pihak sekolah juga ..... Bahkan, pihak NGO juga .... Persoalannya, bolehkah penanda wacana 'selain itu' / 'di samping itu' / 'bahkan' dan penanda wacana 'juga' digunakan serentak kerana saya rasa kelewahan berlaku dalam struktur ini. Sekian. Salam hormat, KAY SEVEN | Frasa 'Selain itu, pihak berkuasa juga ...', 'Di samping itu, pihak sekolah juga ...', 'Bahkan, pihak NGO juga ...' adalah betul. 'Juga' ialah kata penegas yang memberikan penekanan pada frasa tersebut. | Tatabahasa | 23.12.2010 |
Di manakah kata penegas 'juga' patut digunakan: 1. Saya juga amat menyukai aiskrim. atau Saya amat menyukai aiskrim juga. Ayat manakah betul: 2. Ali balik daripada menjala ikan. atau Ali balik dari menjala ikan. | 1. Saya juga amat menyukai aiskrim, dan Saya amat menyukai aiskrim juga. - kedua-dua ayat ini betul, kata penegas juga boleh hadir sebelum atau selepas subjek. 2. Ali balik daripada menjala ikan. - ayat ini yang betul. | Tatabahasa | 07.07.2010 |
Munsyi Sebaik-baik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. atau Sebaik-baiknya pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. TK | Sebaik-baik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
perompak tertangkap juga akhirnya. (tuan adakah ayat ini betul? bagi pandangan saya, ayat ini tergantung..sepatutnya perompak itu tertangkap juga akhirnya.) | Pendapat saudara adalah betul, ayat yang gramatis ialah "Perompak itu tertangkap juga akhirnya". | Tatabahasa | 28.07.2011 |
apakah perbezaan antara perlu dan hendaklah | Perlu bermaksud keharusan (yang tidak dapat dielakkan), atau disebut juga kemestian: perlu juga membawa pelbagai makna lain termasuklah menjadi kemestian (untuk mendapat sesuatu ), harus ada (diperoleh), sesuatu yang dikehendaki hajat, kepentingan, hajat, kehendak, maksud, tujuan dan sebagainya, manakala hendaklah bermaksud tidak dapat tidak; mesti; dan patut. Untuk maklumat lanjut puan boleh layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan lihat pelbagai maksud lain yang mendukung makna kata perlu. | Makna | 11.01.2011 |
Musykil dengan penggunaan 'pun'. Bilakah ia disambungkan dengan perkataan lain. Terima kasih | Walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, sungguhpun dan sebagainya dieja satu perkataan. Walau bagaimanpun pun yang bermaksud juga dieja dua perkataan seperti telah pun (juga) dan dia pun (juga). | Tatabahasa | 04.09.2013 |
Pasangan "Sebagaimana...begitu juga" tergolong dalam kata apa dalam BM? Contoh ayat: Sebagaimana dengan ibunya yang mengabaikan keluarga, begitu juga dengan anaknya yang kurang ajar. Soalannya: Adakah "dengan" diperlukan selepas "sebagaimana"" Atau memadai setakat mengatakan "Sebagaimana ibunya yang mengabaikan keluarga, begitu juga dengan anaknya yang kurang ajar"? Terima Kasih. | Sebagaimana bermaksud sama halnya dengan, oleh itu tidak perlu lagi diikuti kata dengan. | Tatabahasa | 08.09.2011 |
DBP, yang manakah adalah betul? (a) Tidak ketinggalan juga, industri pertanian dapat meningkatkan peluang pekerjaan masayarakat Malaysia. (b) Tidak ketinggalan, industri pertanian juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan masayarakat Malaysia. | (b) Tidak ketinggalan, industri pertanian juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan masyarakat Malaysia. | Tatabahasa | 06.07.2011 |
Bolehkan menjelaskan kepada saya tentang penggunaan kata "juga" yang betul. Kebiasaannya adalah di hujung ayat. Dan jika di pertengahan ayat, di manakah kedudukannya yang betul | Kata "juga" membawa banyak maksud antaranya termasuklah i. digunakan untuk menyatakan keadaan yang sama atau serupa, seperti Adiknya juga demikian; ii. digunakan selepas kata sifat, seperti Gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; dan iii. digunakan untuk menunjukkan perulangan, seperti Dulu saya yang menolongnya, sekarang saya juga yang menolongnya. | Tatabahasa | 29.07.2011 |