Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Percayalah, apa yang dirasakan anda tentang sesuatu perkara itu hasil daripada cara mana anda memikirkan tentang perkara itu. Jika sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang dirasakan oleh anda. Mereka membincangkan tentang masalah hedonisme yang semakin berleluasa di kalangan remaja dewasa kini walaupun pelbagai-bagai langkah telah kerajaan ambil bagi mengatasi masalah tersebut. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas beserta dengan alasan-alasannya.Terima kasih | Sdr, berikut adalah pembetulan yang dapat difikirkan ketika ini. untuk alasannya rujuk buku Tatabahasa Nahu Melayu Mutakhir oleh Prof Datuk Dr. Asmah Hj. Omar .Terima kasih Ejaan yang salah merialisasikan -merealisasikan Menganalisa - menganalisis Berserta - berserta. Percayalah, apa yang anda rasakan tentang sesuatu perkara itu adalah hasil daripada cara anda memikirkannya. Jika sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang dirasakan oleh anda. Mereka membincangkan tentang hedonisme yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja dewasa kini walaupun pelbagai langkah telah ambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas berserta dengan alasan-alasannya.Terima kasih | Tatabahasa | 26.09.2007 |
Tuan, Kata sendi seperti demi untuk, dan kata hubung jika sekiranya memang tidak boleh digunakan serentak. Soalan saya bolehkah kita menggunakan kata sendirti 'hingga ke' atau 'hingga kepada' secara serentak untuk tujuan penegasan? Adakah ayat-ayat yang berikut gramatis? Ali masih belum bertaubat hingga ke hari ini. Nasib malangnya berlanjutkan hingga kepada anak isterinya. Sekian, terima kasih. Chan Soon Aun | Pengguna kata sendi nama "hingga ke" berbentuk lewah dan tidak boleh hadir secara berturutan. Sila gunakan salah satu sahaja. Sila ruku buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 267 dan 284 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 08.07.2010 |
Terima Kasih atas jawapan daripada pihak tuan tentang royaliti novel Desa Pingitan.Namun demikian ada beberapa perkara yang perlu saya maklumkan : 1. Pihak kami perlukan penyata bertulis daripada pihak DBP untuk urusan pihak mahkamah syariah. 2. Selepas ini jika sekiranya ada royaliti untuk novel tersebut,siapakah penama yang boleh menuntut. 3. Bolehkah pihak kami menarik balik hak mencetak daripada DBP untuk Novel tersebut? | Mohon waris penulis buku Desa Pingitan menulis surat secara rasmi kepada Ketua Bahagian Harta Intelek Dewan Bahasa dan Pustaka tentang hal ini. Insya-Allah, kami akan uruskan sebaik-baiknya. | Lain-lain | 29.02.2012 |
saya ingin mengetahui mengenai kosakata dan makna-maknanya. begitu jg dengan peribahasa dan banyak lagi bahasa-bahasa yang tidak dapat dijawab oleh saya sekiranya. anak-anak bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan. saya ingin bantuan pihak tuan, jika sekiranya ada kerja-kerja rumah yg diberikan oleh guru-guru di sekolah anak saya. | Kosa kata ialah keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa atau dinamai juga perbendaharaan kata. Untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang saudara perlukan, sila layari laman web DBP. | Lain-lain | 02.03.2010 |
Apakah perbezaan penggunaan "jika" dan "sekiranya" dalam ayat? Boleh bagi contoh? | Kedua-dua jika dan sekiranya ialah kata penghubung yang boleh bertukar ganti. Contoh ayat: Pertunjukan itu akan ditangguhkan jika tiada sambutan. Pertunjukan itu akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan. | Tatabahasa | 21.06.2007 |
Walaupun kita sudah sekian lama diajar bahawa "jika" dan "sekiranya" adalah sinonim, tetapi saya rasa kedua-dua perkataan ini ada perbezaan dari segi penggunaannya dalam ayat. Sila jelaskan perbezaan tersebut. Terima Kasih | 'Jika' ialah kata penghubung yang menyatakan syarat (janji); kalau. 'Sekiranya' bermaksud kalau atau kiranya. Dari segi makna, 'jika' dan 'sekiranya' mempumyai makna yang sama. Penggunaan kedua-dua perkataan ini adalah mengikut kesesuaian dan saling berganti. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain. | Makna | 10.06.2008 |
Apakah penterjemahan yang baik untuk frasa-frasa berikut: (a) wind farm (b) signature event (istilah industri pengiklanan) A signature event is an event whose brand recognition in the market is equal to or greater than the brand recognition of its sponsoring organization. Also, an event whose "production values" carry the "genetics" of the sponsoring organization's mission. "Signature event" is a term encountered, most frequently, in the nonprofit sector to describe an organization's major fundraising event(s). | Puan Suhana, Saya harap Puan dapat berikan konteks penggunaan bagi perkataan wind farm kerana jika diterjemahkan secara terus ia menjadi pertanian bantuan angin atau kawasan yang terdapat banyak tiupan angin. Manakala bagi perkataan signature even boleh diterjemahkan sebagi acara penganugerahan/pengiktirafan. Saya harap Puan cuba dulu padankan dengan ayat yang menerangkan perkataan tersebut dan jika sekiranya masih ragu-ragu sila hubungi saya semula supaya kita dapat berbincang. | Makna | 14.06.2010 |
Penggunaan Jilid pada rujuk fail sekiranya di singkatkan. Adakah ianya betul jika digunakan begini: Contoh: MPL/N1/1970 Jil. 2 - ( ) atau MPL/N1/1970 Jil 2 - ( ). Adakah perlu meletakkan titik atau tidak perlu. Bagaimana pula sekiranya menggunkan HURUF BESAR. Cth: MPL/N1/1970 JIL. 2 - ( ) atau MPL/N1/1970 JIL 2 - ( ). Terima kasih. | Dalam penulisan singkatan perkataan,sama ada huruf kecil atau hurif besar, tanda titik perlu diletakkan seperti MPL/N1/1970 JIL. 2 . | Tatabahasa | 20.08.2013 |
saya perlukan nasihat dalam menggunakan perumpamaan atau peribahasa bagi artikal penulisan saya. Jika boleh dapat sekiranya di beri dictionary bagi peribahasa dan perumpamaan utk rujukan saya . terima kasih | Penggunaan peribahasa dan perumpamaan sebenarnya bergantung pada jenis ayat yang hendak ditulis. Misalnya dalam satu contoh ayat, "kehidupan dua beradik itu begitu tertekan setelah kematian ibu bapa mereka, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga". Beginilah contoh penggunaan peribahasa dalam tulisan. banyak lagi contoh-contoh yang dapat dihasilkan dengan penggunaan peribahasa dan perumpamaan ini. Mengenai kamus peribahasa atau perumpamaan, memang terdapat banyak di pasaran sekarang.Terima kasih. | Lain-lain | 11.10.2006 |
Mana ayat yang tepat, 'Sekiranya pihak universiti tidak menerima apa-apa jawapan daripada tuan selepas 14 hari dari tarikh surat ini...........' atau ' Jika pihak universiti tidak menerima sebarang jawapan daripada tuan selepas 14 hari........' | Ayat yang betul: 'Sekiranya pihak universiti tidak menerima apa-apa jawapan daripada tuan selepas 14 hari dari tarikh surat ini...........' | Tatabahasa | 05.05.2011 |