Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Jika bahasa inggeris nama produk diberi nama Curry Rice Cracker, apakah nama yang sesuai untuk bahasa melayu? Bolehkah saya guna Keropok Beras Kari atau saya perlu guna Keropok Beras Perasa Kari ? | Penggunaan perkataan yang sesuai ialah “Biskut Beras Perisa Kari”. | Tatabahasa | 04.06.2025 |
Jika pemenang orang yang menang, apa istilah untuk orang yang kalah? | Tiada kata atau istilah yang khusus untuk merujuk kepada orang yang kalah. Penggunaan frasa orang yang kalah adalah tepat dan boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.02.2025 |
Jika kita menerbitkan buku dalam Bahasa Melayu, adakah kita perlu menukarkan nama tempat sebagaima dalam bahasa Melayu. Contohnya Universitas Indonesia menjadi Universiti Indonesia, Nazarbayev University menjadi Universiti Nazarbayev? | Ejaan bagi kata nama khas dikekalkan mengikut ejaan asal. | Ejaan | 03.12.2024 |
Jika peserta program dibekalkan dengan buku (ada maklumat peribadi dan ruang untuk cop), perlu ke kelas-kelas tertentu dan sebagai pengesahan peserta sudah pergi kelas tersebut, buku mereka akan dicop. Bolehkah buku tersebut dipanggil sebagai pasport atau pasport kehadiran? Sebab peserta yang pegang sendiriibuku tersebut. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1629, perkataan pasport bermaksud dokumen (mengandungi butir-butir peribadi) yang didapati daripada kerajaan oleh seseorang warganegara untuk dibawa apabila ke luar negeri; 2. sesuatu (kelayakan dan sebagainya) yang dianggap membolehkan seseorang diterima masuk tanpa halangan dalam mana-mana bidang (kegiatan dan lain-lain) yang diingininya. Sehubungan dengan itu, perkataan Pasport Kehadiran tidak sesuai untuk digunakan dalam konteks yang tuan maksudkan. Cadangan yang sesuai ialah Buku Kehadiran.
| Makna | 15.11.2024 |
Jika tanjak dihasilkan menggunakan kad Manila, apakah penjodoh bilangan yang sesuai. | Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. | Lain-lain | 08.10.2024 |
Jika saya ingin menggunakan perkataan ramadan atau raya sahaja dan bukannya bulan ramadan atau hari raya, adakah ianya dalam huruf besar atau kecil. contoh: sambutan raya atau sambutan Raya. juadah ramadan atau juadah Ramadan? | "Ramadan" ialah kata nama khas dan dieja dengan huruf besar, manakala "raya" ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil. Perkataan "raya" merujuk hari raya banyak digunakan dalam bahasa percakapan. Dalam konteks rasmi hendaklah ditulis dalam frasa dan ejaan yang betul, seperti sambutan hari raya. Walau bagaimanapun, duit raya dan kad raya diterima sebagai perkataan yang standard. | Ejaan | 28.02.2024 |
Jika kata nama rama-rama itu digandakan, adakah menjadi "rama-rama rama-rama" atau "rama-rama-rama-rama" ? Terima kasih. | Untuk penggunaan nama haiwan, sila gunakan kata bilangan dan penjodoh bilangan. Contohnya, "Abang menangkap dua ekor rama-rama." | Lain-lain | 31.01.2024 |
Jika dalam surat rasmi, penerima berjawatan tinggi seperti Timbalan Pengarah Jabatan tetapi tiada pangkat Datuk dan etc., adakah begini salutasi di surat? Alamat: YBrs. Encik XXX Salutasi: YBrs. Encik / YBrs. Tuan? | Kata sapaan hormat untuk penerima surat rasmi berjawatan tinggi tanpa anugerah darjah kebesaran ialah YBrs. diikuti dengan nama. | Tatabahasa | 06.03.2023 |
Jika perkataan 'honeymoon' bermaksud berbulan madu, bagaimana pula dengan perkataan 'babymoon'? Contoh ayat, "Sempat lagi tak kita nak 'babymoon'? Jom bercuti kat hotel untuk 'babymoon' kita. Lagipun, sayang dah nak bersalin." | Padanan bahasa Melayu bagi kata babymoon ialah bulan madu hamil.Padanan kata ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 27.09.2022 |
Jika istilah flagship merujuk kepada andalan bagi telefon pintar. Bagaimana pula kategori "mid-range" Mid-range phones tend to offer the best balance of price and performance, packing high-end features you won't find in the cheapest phones on the market while still sometimes costing half the price of top flagships, or even less | Cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "mid-range phone" ialah telefon jenis sederhana dari aspek harga, kualiti, prestasi, storan dan lain-lain. Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 08.07.2022 |
|
Puisi |
---|
|
Makan buah berdulang-dulang, Makanan anak si perantau; Jika tuah berbalik pulang, Jika tidak hilang di rantau.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 73 If the cap fits, wear it Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita. Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer. Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa!" tempelak pengeluar filem itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|