Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perbezaan makna antara' Jawatankuasa pengelola' dengan ' Jawatankuasa kerja'? | Jawatankuasa pengelola dan Jawatankuasa kerja menpunyai maksud yang sama. Penggunaannya bergantung kepada konteks dan situasi. | Lain-lain | 02.03.2010 |
Adakah "perdana-perdana menteri" salah ? Saya juga ingin bertanya tentang cara untuk mendapat jawaban yang tepat selepas perkataan Bahasa Melayu digandakan. Apakah cara-cara tersebut ? Contoh yang lain seperti pesuruhjaya-pesuruhjaya dll. Kadang-kala, pesuruhjaya juga digandakan sebagai pesuruh-pesuruhjaya (salah). Oleh itu, dalam proses penggandaan agak mengelirukan para pelajar. | Penggandaan kata majmuk terbahagi kepada dua. Pertama ialah kata majmuk yang dieja berpisah dan hanya bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Contohnya: Perdana Menteri = Perdana-perdana Menteri, kertas kerja = kertas-kertas kerja, mata pelajaran = mata-mata pelajaran. Kedua, kata majmuk yang dieja bercantum akibat kelaziman penggunaan, dan seluruh kata digandakan. Contohnya: Setiausaha = setiausaha-setiausaha, jawatankuasa = jawatankuasa-jawatankuasa, pesuruhjaya = pesuruhjaya-pesuruhjaya. | Tatabahasa | 03.11.2008 |
Jika maksud' jawatankuasa pengelola'' dan jawatankuasa kerja' mempunyai makna yang sama dan penggunaannya bergantung pada konteks dan situasi. Bolek tak tuan berikan contoh situasi yang menampakkan perbezaan dari segi penggunaannya. | Yang biasa digunakan ialah jawatankuasa kerja. Pengelola ialah orang yg mengarah dan mengawal, pengurus, penyelenggara, pentadbir: ~ sekolah-sekolah kebangsaan; ~ syarikat perniagaan. | Tatabahasa | 03.03.2010 |
Yang manakah betul? Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak ATAU Jawatankuasa Pengelolaan Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak. | Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak. | Tatabahasa | 02.03.2010 |
Ke jawatankuasa? atau perkataan laian yang sesuai. | Soalan tuan tidak jelas. Sila kemukakan soalan dengan jelas menggunakan tatabahasa yang betul. Tuan boleh melayari laman prpm.dbp.gov.my untuk semakan lanjut. | Tatabahasa | 18.10.2013 |
ahli jawatankuasa PIBG akan ...........cadangan ibu bapa bagi meningkatkan prestasi murid sekolah a)mencari-cari b)meminta-minta c)mengamat-amati d)mengagak-agak | Jawapan yang boleh diterima ialah (c) mengamat-amati kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mengamat-amati bermaksud 1. memerhatikan benar-benar, melihat dgn teliti: ia ~ muka tunangannya; 2. meneliti, mengawasi: segala gerak-geri orang yg dicurigai diamat-amati oleh polis. | Tatabahasa | 08.09.2009 |
IMPLIKASI 4 JAWATANKUASA TERHADAP SISTEM PERSEKOLAHAN ZAMAN PRA MERDEKA | Saudara, Untuk mendapatkan jawapan kepada pertanyaan ini, saudara perlu membuat kajian dan penyelidikan di perpustakaan atau pusat sumber di tempat saudara. | Lain-lain | 14.06.2010 |
Di Facebook@ seorang rakan, saya terbaca bahawa Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu yang bermesyuarat di DBP pada 11 Mei 2011 bersetuju menerima istilah bahasa Melayu supaya dikekalkan. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri. (1) Adakah hal ini benar? (2) Jikalau benar, adakah keputusan itu bermaksud nama bahasa Melayu dikekalkan seperti dalam Perlembagaan Malaysia dan nama bahasa Malaysia terus digunakan termasuk sebagai nama mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2013 ini? Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu yang bermesyuarat di DBP pada 11 Mei 2011 bersetuju menerima istilah bahasa Melayu supaya dikekalkan dalam sumber rujukan kami. Melihat kepada peristiwa/kegiatan kebahasaan dalam satu atau dua tahun belakangan ini sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan pada 30 November 2010, iaitu Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan. Antara lain objektif penubuhan jawatankuasa tersebut termasuklah merancang langkah agar martabat bahasa Melayu sentiasa terpelihara dengan memastikan penggunaannya dengan cara yang betul dalam semua bidang. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan mesyuarat diadakan sama ada di Kementerian Pelajaran atau di Parlimen. Keputuasan mesyuarat tidak diuar-uarkan kepada orang ramai. Pada pandangan kami berkemungkinan kenyataan bahawa Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu yang bermesyuarat di DBP pada 11 Mei 2011 bersetuju menerima istilah bahasa Melayu supaya dikekalkan diusulkan dan disepakati dalam mesyuarat atau jawatankuasa yang lain. | Lain-lain | 02.01.2013 |
Adakah pperkataan 'suatu' boleh digunapaki dalam dokumentasi? Cth ayat: Jawantankuasa Pemandu adalah suatu Jawatankuasa yang akan... Mohon maklumbalas segera. Terima kasih | Suatu merujuk perkara yang belum pasti seperti ayat "Suatu hari nanti akan terbukti juga kesalahan yang telah dilakukannya itu". Jawatankuasa Pemandu dalam ayat yang diberi adalah pasti dan tidak perlu kata suatu lagi untuk menerangkannya. Ayat yang betul "Jawatankuasa Pemandu ialah jawatankuasa yang akan ...". | Tatabahasa | 08.07.2011 |
Tuan, Adakah istilah 'mesyuarat agung' hanya digunakan jika ada pemilihan ahli jawatankuasa bagi sesuatu pertubuhan? Bolehkah istilah 'mesyuarat agung' digunakan jika tiada pemilihan ahli jawatankuasa. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mesyuarat agung bermaksud perundingan besar (oleh sesuatu badan, persatuan, dll). Lazimnya mesyuarat agung yang diadakan terbuka kepada dan untuk dihadiri oleh semua ahli. Mesyuarat agung juga diadakan tidak semestinya untuk memilih ahli jawatankuasa. | Istilah | 24.02.2010 |