Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya ada 3 soalan : 1- saya ingin tahu jawatan-jawatan yang terdapat dalam setiap jabatan di dewan bahasa dan pustaka. hal ini kerana saya sukar untuk mengisi borang permohonan jawatan kerana tidak mengetahui jawatan yang terdapat di DBP. 2-saya pelajar dari akademi pengajian Melayu, UM dan akan menamatkan tempoh pengajian lebih kurang 4-5 bulan lagi. pengkhususan (major) saya ialah sosio-budaya Melayu dan minor saya ialah kesenian Melayu. saya ingin tahu dengan bidang pengajian saya, jawatan apa yang boleh saya pohon? 3-Dengan tempoh pengajian saya yang berbaki4-5 bulan lagi, bolehkah saya mengisi borang permohonan jawatan kosong dalam tempoh yang terdekat ini? | Salam, 1. Dimaklumkan setiap iklan kami ada menyatakan nama skim perkhidmatan/jawatan yang hendak diisi. 2. Di dalam iklan jawatan kosong DBP, kami ada menyatakan jenis kelayakan yang diperlukan untuk mengisi sesuatu jawatan. Antara jawatan di DBP yang sdr boleh mohon dengan kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu ialah Pegawai Perancang Bahasa Gred S41 atau Pegawai Tadbir Gred N41. 3. Permohonan sesuatu jawatan hendaklah disertakan dengan segala kelayakan yang diperlukan sebagaimana yang dinyatakan di dalam iklan. TK. | Lain-lain | 21.01.2009 |
jawatan-jawatan kosond di dewan bahasa & pustaka | Sdr, Kekosongan jawatan di DBP akan disiarkan melalui akhbar berbahasa Melayu utama dan melalui laman web kami. Sila rujuk iklan tersebut dan sdr dipelawa untuk mengemukakan permohonan untuk berkhidmat dengan DBP. | Lain-lain | 21.02.2008 |
Mana satu yang tepat: Jawatan yang ditawarkan adalah jawatan tetap atau Jawatan yang ditawarkan ialah jawatan tetap. Terima kasih. | Jawapan yang tepat ialah : Jawatan yang ditawarkan ialah jawatan tetap. | Tatabahasa | 03.09.2010 |
DI BAHAGIAN MANA YANG TERDAPAT PERINCIAN MENGENAI JAWATAN-JAWATAN YANG ADA KEKOSONGAN | Bahagian Pengurusan Personel merupakan bahagian yang dipertanggungjawabkan dalam urusan perjawatan DBP. Pemakluman untuk mengisi jawatan kosong akan dibuat melalui iklan di akhbar tempatan berbahasa Melayu dan juga melalui laman web DBP. | Lain-lain | 16.05.2008 |
saya keliru dengan jawatan-jawatan yang ada dalam bidang kejuteraan. kadang-kadang saya jumpe mengunakan istilah Ir seperti Ir Abdul Halim. Kadang-kadang saya jumpa Sr seperti Sr Izam Bakar. Apakah makna disebalik istilah Ir dan Sr? Adakah istilah Ir dan Sr diterima dalam bahasa Melayu? | Dalam Kamus Dewan edisi keempat, Ir ialah singkatan untuk insinyur yang bermaksud jurutera. Sr. tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, setelah merujuk dalam Internet, Sr adalah daripada perkataan "surveyor" yang bermaksud juruukur. Untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang perkara ini, tuan boleh merujuk kepada Jabatan Kerja Raya. | Makna | 10.03.2013 |
sila berikan format surat kiriman rasmi (untuk karangan spm) yang betul. senaraikan juga panggilan hormat yang sesuai untuk jawatan-jawatan tertentu, misalnya, jabatan perhutanan, saya kurang pasti dengan jawatan tertingginya. terima kasih. | Sila rujuk guru anda atau buku teks yang berkaitan dengan penulisan surat rasmi yang betul. Panggilan hormat untuk pegawai Jabatan Perhutanan hendaklah dirujuk kepada Jabatan berkenaan. | Lain-lain | 10.06.2008 |
BAGAIMANA SAYA INGIN MENDAPATKAN SENARAI BERKAITAN JAWATAN KOSONG YANG DIKELUARKAN OLEH DBP SEDANGKAN DI DLM LAMAN WEB CUMA TERDAPAT BORANG JAWATAN KOSONG TETAPI SENARAI NAMA JAWATAN YANG DITAWARKAN TIADA. TERIMA KASIH | Kami akan mengeluarkan senarai jawatan kosong melalui iklan di dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu dan juga di dalam laman web DBP apabila urusan pengisian jawatan-jawatan tersebut hendak diisi. | Lain-lain | 05.06.2008 |
MELETAK JAWATAN ATAU MELETAKKAN JAWATAN | MELETAKKAN JAWATAN | Lain-lain | 04.03.2011 |
'mengikut gred jawatan seseorang' atau mengikut Gred Jawatan seseorang' | mengikut gred jawatan seseorang (gred jawatan bukan nama khas, tidak perlu ditulis dalam huruf besar) | Lain-lain | 14.03.2011 |
penggunaan mana yang betul? 1. Pewujudan jawatan juruteknik atau 2. Pengujudan jawatan juruteknik | Pewujudan jawatan juruteknik yang betul dan bukannya pengujudan jawatan juruteknik. Ini kerana kata dasar yang bermula dengan huruf 'w' apabila menerima imbuhan pe- akan mengekalkan huruf pertamanya. | Tatabahasa | 18.10.2006 |