Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
soalan saya tentang "jarum" apakah istilah yang digunakan untuk "jarum" adakah "sebatang jarum" atau "sebilah" jarum | Sebatang jarum. | Lain-lain | 12.05.2008 |
Yang mana tepat, sebilah jarum atau sebatang jarum? | Yang tepat ialah sebatang jarum. | Lain-lain | 23.10.2009 |
apakah penjodoh bilangan bagi jarum? satu batang jarum boleh diguna? | Penjodoh bilangan yang betul ialah sebatang jarum. | Tatabahasa | 09.07.2011 |
Terdapat buku rujukan penjodoh bilangan di pasaran. Dalam buku tersebut mereka menggunakan 'sebilah jarum' tetapi selama ini, kami telah didedahkan bahawa kami harus menggunakan 'sepucuk jarum'. Jadi apakah penjodoh bilangan yg sesuai bagi 'jarum'? terima kasih | Penjodoh bilangan untuk jarum ialah sebatang. | Tatabahasa | 28.06.2011 |
Apakah penjodoh bilangan untuk jarum? Bilah, pucuk, batang? Harap dapat jelaskan. | Penjodoh bilangan yang betul ialah sebatang jarum. | Tatabahasa | 02.11.2011 |
Apakah maksud simpulan bahasa "hujung jarum"? | Peribahasa 'mengadu hujung jarum' bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sukar. | Lain-lain | 13.05.2010 |
salam sejahtera. penjodoh bilangan bagi "jarum" ialah ? terima kasih atas keprihatinan tuan/puan menjawab soalan saya. | Penjodoh bilangan bagi jarum ialah sebatang. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
tuan ibu ________benang itu ke dalam lubang jarum apakah perkataan yang sesuai digunkan. TQ | Ibu memasukkan benang itu ke dalam lubang jarum. | Tatabahasa | 18.09.2011 |
1. Bagi jarum, penjodoh bilangan ialah pucuk atau bilah atau lain daripada ini ? 2. Pustakawan sedang menyusun buku. atau Pustakawan sedang menyusun buku-buku. Manakah satu ayat yang betul? | 1. Penjodoh bilangan bagi jarum ialah sebatang. 2. Pustakawan sedang menyusun buku. | Lain-lain | 09.08.2010 |
Assalamualaikum....apakah istilah pendua, peniga, pengempat, pelima, pengenam, penujuh dan seterusnya boleh digunakan bagi menunjukkan bilangan salinan dalam satu dokumen asal. | Istilah pendua (duplicate) dan peniga (triplicate) yang merujuk kepada bilangan salinan ada dalam pangkalan data istilah kami. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, pelima bermaksud berlimau pada hari tamat belajar bersilat, dan penujuh bermaksud 1. kenduri kerana menujuh hari 2. sejenis tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum, merah. Perkataan pengempat dan pengenam tidak ada dalam pangkalan data kami. | Istilah | 11.02.2011 |