| Terdapat perbezaan definisi "kayu jaras", di dalam Kamus DBP - kayu balak yg bergaris pusat kecil (kurang drpd 150 mm) dan boleh digunakan sebagai tiang rumah, tiang elektrik, atau jambatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala di dalam Seksyen 2 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) - kayu jaras ertinya mana-mana bahagian yang dipotong daripada pokok, dan yang mempunyai garis pusat kurang daripada tiga puluh sentimeter pada sebelah hujungnya yang besar, yang tidak disediakan selanjutnya untuk digunakan selain membuang kulit dan dahan yang menganjur. Terdapat perbezaan saiz diameter. Mohon semakan pihak tuan, terima kasih. | Salam sejahtera, Berdasarkan takrifan kayu jaras dalam Kamus Dewan Perdana, terbitan DBP pada tahun 2020 dan juga dalam istilah bidang Perhutanan, dinyatakan bahawa kayu jaras ialah kayu balak bergaris pusat kecil yang kurang daripada 150 mm. Disarankan saudara merujuk pakar di Jabatan Perhutanan untuk mendapatkan pengesahan, dan pada masa sama pihak kami juga akan membuat semakan. | Makna | 11.09.2025 |