Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera, adakah "kesamaan jantina" ataupun "kesaksamaan jantina" lebih sesuai digunakan sebagai penterjemahan bagi "gender equality"? Terima kasih. | Selamat sejahtera, Terjemahan bagi perkataan gender equality dalam bahasa Melayu ialah 'kesamaan jantina'. | Lain-lain | 28.07.2017 |
Adakah jantina lelaki yang berjawatan menguruskan kewangan boleh bendahari atau bendahara? | Tuan, Sama ada lelaki atau perempuan yang menguruskan wang persatuan dan seumpamanya boleh dipanggil bendahari, rujuk nombor 2. - 1. sl orang yg memegang harta benda kerajaan; penghulu ~ ketua bendahari; 2. pengurus wang kesatuan dll. Terima kasih. | Istilah | 19.01.2011 |
salam tuan , apakah perbezaan antara jantina dengan gender | Gender membawa maksud jantina, iaitu jenis kelamin (laki-laki atau perempuan). | Makna | 25.01.2012 |
Penggunaan 'wan' yang menunjukkan jantina dan peranan seseorang. Contohnya: peragawan, olahragawan, dan sebagainya. Di Indonesia seorang ahli bina badan dipanggil 'binaragawan'. Jadi, bolehkah istilah 'binaragawan' digunakan di Malaysia? | Untuk makluman saudara, perkataan "binaragawan" tidak terdapat di dalam Kamus Dewan terbitan DBP. Frasa ahli bina badan boleh digunakan. | Tatabahasa | 08.05.2013 |
Tuan, Saya ingin bertanyakan tentang penggunaan 'yang mana'? Bolehkah digunakan dalam pembinaan ayat? Contoh ayat:Dalam Bahasa Inggeris, penggunaan tanda jantina seperti she dan he sangat penting, yang mana tanda seperti ini tidak ada dalam Bahasa Melayu. | Frasa "yang mana" tidak digunakan memandangkan bahawa frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan where dalam bahasa Inggeris. Ayat yang betul ialah "Penggunaan tanda jantina seperti she dan he sangat penting dan tanda seperti ini tidak ada dalam bahasa Melayu". | Tatabahasa | 02.07.2011 |
Salam sejahtera. Saya ingin cari perkataan yang maknanya sama dengan perkataan "dating" yang bermakna "janji temu dgn seseorang yg berlainan jantina (mis antara seorang pemuda dgn teman wanitanya utk keluar makan, menonton wayang gambar dsb)" (Kamus Dewan Edisi Ke-4). Adakah perkataan "berpacaran" yang merupakan bahasa Indonesia telah dipinjam ke dalam bahasa Melayu? Jika ya, adakah maknanya sama dengan makna perkataan "dating"? Terima kasih. | Berpacaran berasal daripada perkataan Indonesia yang bermaksud menjalin hubungan cinta atau kasih dengan teman lelaki atau wanita. Dating bermaksud janji temu dengan seseorang yang berlainan jantina (mis antara seorang pemuda dgn teman wanitanya untuk keluar makan, menonton wayang gambar dan sebagainya). Jika dilihat dari segi makna, kedua-duanya membawa maksud yang berbeza. | Makna | 18.10.2017 |
sapaan wanita dalam surat rasmi (sudah mengatahui jantina dan nama) | Puan | Istilah | 25.01.2011 |
salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian mengenai (Panggilan Hormat Penerima atau Kata Sapaan) dalam penulisan surat rasmi- iaitu penggunaan Tuan/ Puan. Sekiranya jantina penerima surat adalah perempuan, apakah panggilan hormat yang sesuai dan harus untuk digunakan? Sekirannya " Tuan" adalah panggilan hormat yang sesuai adakah menjadi satu kesalahan jika saya menggunakan panggilan hormat "Puan" dalam penulisan surat rasmi yang ditujukan kepada seorang penerima perempuan? | Kata sapaan 'puan' boleh digunakan pada permulaan surat sekiranya pengirim sedia maklum penerima surat ialah seorang wanita. Kata sapaan 'tuan' digunakan atas nama jawatan sekiranya pengirim tidak mengetahui jantina penerima surat. | Lain-lain | 22.03.2019 |
1. Adakah penggunaan kata "Saudara/i" atau "Mahasiswa/i" atau "Mahasiswa/wi" boleh digunakan untuk menunjukkan kepada kedua-dua jantina? 2. Adakah penggunaan kata "tuan" dalam surat dapat ditujukan kepada perempuan? sebagai contoh: "... sehubungan itu, pihak tuan telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam..." | 1. Perkataan “mahasiswa” boleh digunakan untuk merujuk kepada pelajar perempuan dan lelaki kerana bermaksud pelajar di universiti. Perkataan “mahasiswi” pula hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada pelajar perempuan. Manakala perkataan “saudara” merupakan kata ganti diri kedua yang digunakan kepada orang lelaki dan “saudari” merujuk kepada orang perempuan. 2. Dalam penulisan surat rasmi, “tuan” merujuk kepada penerima lelaki dan “puan” merujuk kepada penerima perempuan. Walau bagaimanapun, kata ganti nama "tuan" boleh digunakan sekiranya penulis surat tidak mengetahui jantina penerima surat tersebut. | Tatabahasa | 29.10.2019 |
Contoh ayat: Etnik India mencatatkan peningkatan paling besar bagi kedua-dua jantina iaitu sebanyak 2.3 tahun. Manakala etnik Bumiputera mencatatkan peningkatan yang paling kecil iaitu 1.3 tahun (lelaki) dan 1.6 tahun (perempuan) Soalan: Adakah penggunaan 'manakala' sesuai digunakan di permulaan ayat di atas. | Contoh penggunaan kata 'manakala' yang betul ialah 'Dia tersenyum manakala melihat adiknya sudah terlena' Di sini jelas menunjukkan bahawa kata tersebut tidak digunakan pada permulaan ayat tetapi digunakan sebagai penanda wacana untuk menyambung keterangan dalam ayat yang sama. | Tatabahasa | 16.12.2010 |