Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Lebih selesa daripada jangkaan anda ATAU lebih selesa dari jangkaan anda ? Terima Kasih | Yang betul ialah Lebih selesa daripada jangkaan anda. | Tatabahasa | 26.06.2008 |
bolehkah saya menggunakan terjemahan 'jangkaan hasil' bagi 'outcome expectation'?terima kasih | Betul, outcome expection diterjemahkan kepada jangkaan hasil. | Istilah | 06.07.2012 |
terangkan makna sebenar perkataan ini, TAHU, SELIDIK, JANGKAAN, TANGGAP, MAKLUM. | Makna tahu ialah maklum akan keadaan sebenarnya, faham, mengerti. Selidik pula bermakna teliti dan cermat. Manakala makna bagi perkataan jangkaan pula ialah apa-apa yg dijangka, dugaan, sangkaan. Makna bagi perkataan tanggap ialah memerhatikan (melihat, mendengar) dgn teliti, memerhatikan sungguh-sungguh, mengecamkan. Makna perkataan maklum ialah sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Harap maklum. | Makna | 29.10.2007 |
apakah yang dimaksudkan dengan kalimah-kalimah ini, yang pertama ingat, kedua maklum, ketiga tanggap, keempat hasrat, kelima jangkaan, keenam teka, ketujuh selidik dan yang kelapan faham. kalau boleh tolong bezakan semuanya. satu lagi soalan iaitu berikan saya beberapa contoh yang menunjukkan pemikiran intuitif (intuisi) itu berlaku? | Perbezaan boleh dilihat berdasarkan makna setiap perkataan yang berikut; ingat-masih ada dlm fikiran, maklum-faham/mengerti, tanggap-memerhatikan dgn teliti, hasrat-keinginan yg kuat utk memiliki/melakukan sesuatu, jangkaan-apa-apa yg dijangka/sangkaan, teka-menduga-mengagak, selidik-teliti/cermat, faham-pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu/pengertian. Intuitif bermaksud daya atau kebolehan memahami (mengetahui, merasai) sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara sedar, gerak hati, dan perbincangan/contoh2 tentangnya perlu merujuk buku-buku ilmiah yg dihasilkan mengenainya. | Makna | 29.10.2007 |
maksud unjuran | Unjuran membawa maksud; bahagian sebelah kaki orang yg sedang berbaring, atau bahagian tempat kaki mengunjur dan anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi. | Makna | 30.06.2009 |
Perkataan "ekspektasi" sering diguna untuk mengganti perktaan bahasa Inggeris"expectation". Adakah perkataan Bahasa Malaysia yang lebih sesuai? | Perkataan ekspektasi tidak ada dalam bahasa Melayu, terjemahan/padanan expectation dalam bahasa Melayu ialah jangkaan atau harapan (mengikut bidang penggunaannya). | Istilah | 17.06.2009 |
|
|