Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
dari segi Hukum D-M frasa yang manakah yang betul stesen jana kuasa elektrikhidro atau stesen jana kuasa hidroelektrik. | Istilah yang betul ialah stesen janakuasa hidroelektrik | Istilah | 07.04.2012 |
apakah definisi menjana wang? | Saudara, Makna jana adalah seperti yang berikut: 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir; menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; terjana terbina, terjadi, telah diadakan, terhasil; penjanaan perbuatan (tindakan dsb) menjanakan atau menghasilkan sesuatu: cawangan perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pembersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau haiwan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk menjanakan (kuasa dll): alat ini mempunyai sebuah ~ haba serta saluran cecair ammonia. Oleh yang demikian, menjana wang bermaksud bermaksud menghasilkan wang. | | | |
| Makna | 13.10.2010 |
Assalamualaikum...saya pelajar UPSI, kami dikehendaki membuat assigment berdasarkan data korpus. masalanya disini, setelah kami mendaftar, kami tidak tahu bagai mana cara untuk menggunakannya. sebagai contoh, kami masukkan kata = kata ganti nama, malangnya kami tidak mendapat apa2 jawapan dari sistem konkordans. kami berharap pihak tuan dapat membantu kami dalam menyelessaikan masalah ini..kerjasama pihak tuan amatlah kami hargai,, terima kasih.. | Puan perlu daftar terlebih dahulu, dan masukkan sebarang kata dan jana konkordans seperti arahan. Sila lihat output seperti dilampirkan. | Lain-lain | 16.03.2010 |
|
|